Saturday, February 26, 2011

Kenangan Manis Bersama Mereka :)

Assalammualaikum semua.. :)

hehe.. da lame rasanye ak xupdate blog nie..bz pon ye, xbz pon ye jugak! haishh..hampir hampir la dalam pale ak nieh, nak deactivate jerk blog nieh.. sume gara gara blog ak yang tetibe mengong,hurmm.. seb bek da okiey.. time kasih incik Blog..keh3

okay uolLs.. korang penah betul2 ngadap OKU?? Penah..?? bape kali..?? sekali, dua kali...?? masa korang jumpe orang camtu kan, korang rasa ape weh...?? simpati ke empati ke, xdek prasaan langsung..? (-__-)"
ade x dalam family korang yang ade masalah 2..??  ak suke klu dak yang down sindrom.. korang taw x  2 cane..??  ha.. yang klu korg tgok kat lua, muke dorg sume hampir same je.. contoh klu pagi ni korg g tgu bus kat stesyen bus nak g kl dari Penang, korg nampak sorg budak yg bentuk muke yg rata, mata sepet ke ats, tinge kecil,jari dye pendek2 and so on..tetibe ptg 2, korg da sampai kl nmpak org yg iras2 je muke dgn org yg org tgok pg td kat penang 2.dpt byg x...??? mereka ni sangt peramah..huhu. Suke nyanyi tanpa mereka faham pn maksud lagu 2.. kerenah mereka sgt mencuit hati.. owh** im so in love with this course ^.^

tetTTT..!! sory tuan tuan dan puan puan, nmpaknye sy da melalut.. sy memg suke bckp ( bile ade mood n kene dgn orgnye, kekekeee.. ~

wokeyh.. pada 14 januari 2011 yg lalu, sy n de geng satu klas sy telah melibatkan diri dalam satu lawatan bermasyarakat * ewahh..  ke Eiden Handicapped Penang. Masa nak pegi 2 kitorg bkumpul dlu pagi 2 kat pdg kawat USM, then nek la bus g sane. ak pon xsure da kat mane, sbb da agak lame ka.. skang da nak msuk bulan 3 weh, huhu.. (T_T)

 ni masa kitorg ngah tunggu bus, lambat weh.. mcm2 post da kwn2 ak sume

ni lak aku..huhu.. mesti kne snap gak pic wlu cane pn,ngeh3.. *_*

uOlLss.. ampa sume taw dak, kami tsalah masuk pusat ms p ritu.. dah turun siap bwk sume bekalan mkanan ag.. huhu, malu seyh... aiyakk!! (-__-)"
okeh,pastu kitorg pn teruskan lg pjalanan sampaila ke Eiden Handicapped Centre. Pd mulenya, kitorg ingatkan satu pusat yg khusus la.. rupenya mcm 1 rumah yg dibeli untuk dijadikan pusat, diuruskan oleh chinis..kat situ xde pn org melayu coz dorg ckp dorg sediakan non halal punye food lah.!

 okey anda sekalian, ini adalah aktiviti ms bosan + nganto ms dengar taklimat, huhu (@_@)


slepas abih sume taklimat, kitorg ley la jalan2 tgok aktiviti yang dorg wat untuk menjana pendapatan pusat tersebut. untuk pengetahuan sume, OKU yang bernaung di bwh Eiden Handicapped ini ley stay sane dgn percuma xyah bayo! klu org yg xtgal dlm penang pn ley anta ank dorg kat pusat ni, under perkhidmatan yg disediakanla.. ** manyak lak nak cite sume, cam wat report lak..huhu. yg pic kat ats nie, kakak 2 tgah wat barangan kraft untuk dijual. org yg dtg mlawat ley la beli kraft dorg,, cantik2.. :)


ok kat ats nie, ak amek ksempatan untuk join dorg wat fail,.. dorg amek kontrak dr kilang. sgt tsentuh kat sane.. seb bek dorg yg kami jumpe 2 sume OKU yg da besar2.. ade gak la yg kanak2 ag, tp xramai.. klu x, mau nanges ak kat situ weh.. haishhh! xbmaksud ak xempati ok sekalian2..haha

khusyuk gler ak..haha. korg mampu..?? huhh... (T_T)


aku sempat bgambar dgn amoi nie, hehe.. dye yg ajar ak wat fail 2.. huhu


then, pastuh ak g mlawat dorg punye hostel lak.. kat blakang ak 2, shedule dak2 OKU kat sane la.. korang akn rs sgt terharu la weh.. tolong org semata2, bukak centre 2 guna wet sdri + pinjaman bank, gaji sume pkerja pn berdasarkan org yg derma kat pusat 2 n keje yg dorg wat sikit2 tu..

kitorg kat pusat 2 sampai tengah hari je.. kitorg sediakan bklan mkanan untuk sume OKU kat sane, wat majlis sikit.. pas abis sume aktiviti, kitorg pon balik la USM... dlm kul 2, kitorg sampai USM.. hope, masa2 akan dtg akan ade lg lawatan cmnie.. bukan sekadar mendekatkan diri dgn mereka, tetapi meningkatkan kesedaran, rs empati..bgaimana kita nak membantu mereka yg tidak bernasib baik ni.. pd ms skrg n ms depan..

last but not least..
"aku menangis *sobsob* kerana tidak berkasut sehinggalah aku bertemu insan yang tidak berkaki..."

Tuesday, February 15, 2011

Last Kiss

I always in love with this song.. Ouhh..* Pengsan! (T_T) huhu..
enjoy to fell this song darl... :)


Last Kiss by Pearl Jam




Oh, where oh where can my baby be? 
The Lord took her away from me 
She's gone to heaven, so I got to be good 
So I can see my baby when I leave this world. 

We were out on a date in my daddy's car 
We hadn't driven very far 
There in the road, up straight ahead 
A car was stalled, the engine was dead 
I couldn't stop, so I swerved to the right 
I'll never forget the sound that night 
The screamin' tires, the bustin' glass 
The painful scream that I heard last. 

Oh, where oh where can my baby be? 
The Lord took her away from me 
She's gone to heaven, so I got to be good 
So I can see my baby when I leave this world. 

When I woke up, the rain was pourin' down 
There were people standing all around 
Something warm rollin' through my eyes 
But somehow I found my baby that night 
I lifted her head, she looked at me and said 
"Hold me darling just a little while." 
I held her close, I kissed her our last kiss 
I found the love that I knew I would miss 
But now she's gone, even though I hold her tight 
I lost my love, my life that night. 

Oh, where oh where can my baby be? 
The Lord took her away from me 
She's gone to heaven, so I got to be good 
So I can see my baby when I leave this world. 
Oooh~ ooooh~ 





syg syg....klu awk pegi dulu, sy akan jadi baik baik untuk awk...supaye kite dapat jumpe kat sane nti... ;p

Sunday, February 13, 2011

Tips Dr. Fadzilah Kamsah


Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa
Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki.
Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak
sepanjang tidur, otak akan generate kan all of our wish & Insya-Allah,
kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.
Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner
ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vitamin C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.
Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast,lunch & dinner).
Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk
yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan.
Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus
sebab air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut,
& so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.
Seelok2nya makan malam sebelum maghrib
ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja
ie masa maghrib), sebab, bagi yang tegah study (or anak2), otak akan berfungsi excellently
(senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at 8:30pm,around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tegah malam saja, jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)
Tatacara di bilik air
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit)
boleh elak daripada dapat batu karang
Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri
ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

Tatacara didik anak
Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak
(baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yg terletak sblh kiri)akan
lebih “lapang”/”lega” dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak
anak akan develop excellently.
* Bagi anak2 yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jangan)
pakaikan baju warna orange
sebab warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak 

Tatacara didik diri sendiri
Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.
Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negatif
emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline,
cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & etc

Ada 3 kategori manusia :-

1. BERJAYA: Hari ini lebih baik daripada semalam
2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam 
3. CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita” Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it’s good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better that those who listen to him directly…

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge & you’ll lose nothing.

8 Pembohongan Ibu Padaku

Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!
Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.
Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.
Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!

01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".

02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.
Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."

04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."

05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."

07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.
Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."

08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.
Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.

Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.
Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!
Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!

cerita nie betul2 mengingatkan sy pd ibu sy... kerja, xpenah ingat letih...still jugak kje evevn xbape sihat... al fatihah wat ibu tercinta...semoga dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang2 yg beriman..aminn..

forward from ILUVISLAM.COM

Saturday, February 12, 2011

The #CelcomEveryone Sale is back! New phones. Great deals. Bigger discounts. Bigger Savings. There’s something for everyone!

The #CelcomEveryone Sale is back! New phones. Great deals. Bigger discounts. Bigger Savings. There’s something for everyone!

Want to find out if you’re living a healthy lifestyle? Take a profile test to a journey of self-discovery and improvement. #NestleProfiler

Want to find out if you’re living a healthy lifestyle? Take a profile test to a journey of self-discovery and improvement. #NestleProfiler

like

Sindarela berangan angan untuk turut serta ke mjlis tari menari bersama sang putra..

Hatiku diriku mimpiku...