Tuesday, December 27, 2011

formspring.me

Ask me anything http://www.formspring.me/schaafieka

Monday, December 5, 2011

:: Hati Wanita ::

Assalammualaikum sume :)

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

          

            


Tahukah lelaki akan kesukaan seseorang wanita itu...?? 
perhatian? kasih sayang? komitmen? kebahgiaan semstinya?? atau sekadar teman untuk berpeleseran, membuang masa atau jugak sekadar teman untuk dijadikan tempat dilepaskan nafsu mereka..??? persoalan demi persoalan yang hadir, namun tidak semua jawapan yang mungkin diberikan akan dapat menjawab setiap persoalan ini.. 

persoalan yang sebenarnya kita fikirkan adalah hati kita! ya.. hati kita! namun, jika cinta yang hanya berlandaskan hati sahaja akan memusnahkan seseorang.. maka perlulah disitu peranan iman dan akal yang dikurniaNya kepada kita.. yang membezakan kita dengan haiwan, binatang yang jugak ciptaan Allah s.w.t 

apa keinginan seorang wanita itu?? 
sebagai seorang wanita, tidak lain selain perhatian, kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, kejujuran dan komitmen yang diberikan untuk dirinya.. jika lengkap semuanya, maka yakinlah wanita itu pada pasangannya. manakala, sikap seperti kelakar, pandai ambil hati pula merupakan faktor penguat kepada ciri-ciri seseorang lelaki itu untuk terus menjadi raja kepada si puteri.. 

berterus teranglah sekiranya mengalami sebarang permasalahan, sesungguhnya komunikasi itu adalah kuncinya. Tapi, terkadang, menjadi masalah apabila salah seorang menjadi ego untuk berkomunikasi, dan masalah tidak akan selesai. apabila didiamkan, maka timbul pula masalah lain seperti rasa tidak dihargai, tidak diperlukan.. haissshhhhh.. Rumit! (T_T)"

               

                                                         


Tetapi.. apa pula yang diperlukan oleh seseorang lelaki terhadap wanita itu...?? ada yang bersungguh sungguh memikat seorang wanita untuk menjadi suri hidupnya, tak kurang juga yang sekadar untuk mempergunakan wanita itu untuk kepuasan nafsunya sahaja. maka malanglah wanita tersebut. Nauzubillahiminzaliq.. 

Hmm... zaman yang beralaskan teknologi yang sangat sarat, sukar untuk membendung masalah sosial kini.. sebagai remaja yang berfikiran terbuka, (remaja lagi ke? ) hal ini telah menjadi sebuah perbincangan yang biasa didengar, tak kurang juga yang menjadi hakim untuk mengadili mana yang salah dan yang benar.. sebetulnya, adalah cara didikan dan asuhan.. sedari rumah dan sedari kecil.. pemantauan dengan kasih sayang.. bukan dengan kekerasan yang akan menimbulkan rasa memberontak dalam diri remaja. dan semestinya, dan tidak dapat nak dielakkan ialah pengaruh rakan sebaya yang maha hebat. Tapi terpulang pada individu untuk memilihnya. bagi yang sudah dididik, mungkin menerima dengan jiwa terbuka, menurut mana yang tidak melanggari agama sekadar untuk meniti dunia remajanya. hal ini mungkin pemikiran yang berdasarkan peredaran semasa.. siapalah makhluk yang mampu menjadi hakim untuk menentukannya.. 

Entah mengapa, malam ni terasa emosi sedikit untuk berbicara tentang hal sebegini.. Tak naklah begitu emosi sehingga nak jadi penceramah bebas, sedangkan diri sendiri tidak kuat untuknya.. aku bersyukur.. hanya Allah maha mengetahui.. :)

Thanks for your read sayangs..!
Love & Faith: Sindarela

Last bUt nOt Least, For tHe CoOl Readers.. With Love :) 
Enjoy tHe sOng: Neo ---> One iN a MillON



Sunday, December 4, 2011

~.. Peristiwa 10 Muharram yang Indah.. ~

Assalammualaikum sume :)


Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-nya 
sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang 
terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda 
kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah 
mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, 
namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang 
sungguh bernilai.

Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru 
berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada 
hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi 
tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, "Hari ini Allah 
memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka 
kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi saw:

"Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu."
Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain 
kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada 
keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini. 
Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, "Barangsiapa yang berpuasa 
pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun." Maksud hadis 
ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan 
bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, 
Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.


Daripada satu hadis: 
"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan 
memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi 
pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang 
mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari 
Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu 
darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw 
dan mengenyangkan perut mereka."

Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana 
pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh 
kehormatan :

1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada 
Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah 
menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi 
Adam a.s.

2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke 
langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.

3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s 
kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga 
termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir 
tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini 
merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini 
sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, 
mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.

4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai 
Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda 
diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim 
diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya 
menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah 
Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.

5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud 
kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri 
sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana 
Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah 
turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan 
menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud 
atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan 
kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.

6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke 
langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini 
merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum 
Bani Israil.

7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam 
daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat 
yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir 
dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan 
terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka 
tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah 
kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s

8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun 
serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 
10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.

9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan 
setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan 
hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun 
menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan 
kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan 
Nun.

10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 
10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda.

Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai 
tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan 
maksudnya:

"Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah 
wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka 
berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh 
meninggalkannya."







14 perkara sunat perlu dilakukan pada hari Asyura

1. Melapangkan masa / belanja anak, suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

:: Puasa Sunat Asyura 9 & 10 Muharram ::


Assalammualaikum sume :)


Apakah rukun-rukun puasa?

Rukun puasa ada dua sahaja;
1. Berniat puasa
2. Menjaga dari perkara-perkara yang membatalkan puasa

Apa makna berniat puasa?

Niat puasa bermaksud mengqasadkan puasa iaitu berazam di dalam hati untuk melakukan puasa.

Bilakah masanya kita perlu berniat puasa?

Bagi puasa Ramadhan dan puasa-puasa wajib yang lain (iaitu puasa nazar dan kaffarah), disyaratkan niat dilakukan pada waktu malam sebelum terbitnya fajar kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa yang tidak meniatkan puasa pada malam hari sebelum terbit fajar, maka tiadalah puasa baginya” (HR Imam Daruqutni dan Baihaqi dari Aisyah r.a.).

Bagi puasa sunat pula, tidak disyaratkan melakukan niat pada waktu malam. Harus berniat pada siang hari asalkan sebelum tergelincir matahari dari tengah langit (yakni sebelum masuk waktu solat zohor) dan sebelum melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa seperti makan, bersetubuh dan sebagainya. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah berniat puasa sunat di siang hari sebagaimana diceritakan oleh Aishah r.a.; suatu hari Nabi s.a.w. bertanya kepadanya; “Apakah ada pada kamu makanan untuk pagi ini?”. Jawab Aishah; “Tidak ada”. Lantas Nabi berkata; “Jika begitu, aku berpuasa hari ini” (HR Imam ad-Daruqutni)


Jenis-jenis Puasa Sunat

o Puasa sunat di bulan Syawal. Puasa dalam bulan ini tidak semestinya berturut-turut iaitu selepas hari raya pertama, ia boleh dikerjakan pada bila-bila masa asalkan masih dalam bulan Syawal.
o Puasa sunat di bulan Zulhijjah bermula pada tanggal 1 haribulan hinggalah 8 haribulan.
o Puasa sunat pada tanggal 9 Zulhijjah ( hari Arafah ).
o Puasa sunat Muharram bermula pada tanggal 1 haribulan hinggalah pada 9 haribulan (sunat Tausa’ ).
o Puasa sunat pada tanggal 10 Muharram ( sunat ‘Asyura ).
o Puasa sunat di bulan Rejab ( keseluruhan bulan Rejab ).
o Puasa sunat di bulan Syaaban ( keseluruhan bulan Syaaban kecuali pada hari syak ).
o Puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.
o Puasa sunat 3 hari pada tiap-tiap bulan Hijrah ( Islam ).
o Puasa sunat pada setiap tanggal 13, 14, dan 15 haribulan pada setiap bulan-bulan Hijrah ( Islam ).
o Puasa sunat secara berselang-seli hari seperti semalam ia berpuasa dan hari ini ia berbuka dan pada esok harinya ia berpuasa semula.


* Puasa Qada
Puasa Qada ialah puasa yang wajib ditunaikan kerana bagi menggantikan puasa yang telah ditinggalkan pada bulan Ramadan dahulu diatas sesuatu sebab ataupun kelonggaran yang diizinkan oleh syarak seperti sakit tenat, bermusafir, haid, nifas, bersalin dan sebagainya


* Puasa Nazar
Puasa nazar wajib ditunaikan apabila kita telah berperoleh ataupun berjaya mendapatkan sesuatu apa yang kita ingini itu. Jika apa yang kita nazarkan itu tidak berjaya maka tidaklah wajib keatas kita untuk menunaikan nazar tersebut. Contohnya seperti berkata seseorang itu sekiranya ditakdirkan isteriku melahirkan anak perempuan maka aku bernazar untuk berpuasa satu hari. Jika betul ia mendapat anak perempuan maka wajiblah ia berpuasa.


* Puasa Kifarat
Puasa kifarat wajib ditunaikan jika seseorang telah melakukan perbuatan-perbuatan seperti berikut :
o Bersetubuh dalam bulan Ramadan dan pada waktu siang hari maka kifaratnya ialah berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.
o Membunuh saudara seagama tanpa hak ataupun dengan sengaja maka kifaratnya ialah berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.
o Melanggar perintah ihram dengan melakukan sesuatu yang haram dilakukan dan tidak dapat digantikan dengan menyembelih binatang. 
o Kifaratnya berpuasa selama 3 hari di Tanah Suci dan 7 hari di negara sendiri.
o Kifarat kerana menziharkan isteri iaitu dengan berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.


SUNNAH BERPUASA DI HARI ASYURA (HARI KE-10 DI BULAN MUHARAM)

Pada mulanya puasa Asyura adalah termasuk puasa yang fardu, namun setelah diwajibkan (disyariatkan) puasa Ramadan, maka puasa Asyura menjadi sunnah, sebagaimana penjelasan dari hadis berikut:

قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ فَرَأَى الْيَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ، فَقَالَ : مَا هَذَا؟ قَالُوْا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحُ ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللهُ بَنِيْ إِسْرِائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَ مُوْسَى ، قَالَ : فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ ، فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

“Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam datang ke Madinah, maka baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura, lalu baginda bertanya: hari apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari itu. Baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap puasa Musa dari kamu sekalian. Maka baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa”. (Hadis Riwayat Bukhari (2004) dan Muslim (1130))


كَانَ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمُهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ فِى الْجَاهِلِيَّةِ . فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ . فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ قَالَ : فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ

“Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke Madinah, maka baginda berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Maka setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan puasa Asyura, baginda bersabda: Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan puasa”. (Muttafaq ‘alaihi. Bukhari (2002) Muslim (1125))


عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : هَذَا يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَلَمْ يُكْتُبِ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، وَاَنَا صَائِمٌ ، فَمَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ

“Dari Muawiyah berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hari ini adalah hari Asyura, tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa, tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa yang mahu berpuasa ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang mahu berbuka, maka ia boleh berbuka”. (Hadis Muttafaq ‘alaihi)


اَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللهِ الْمُحَرَّمُ ، وَاَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيْضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadan ialah puasa di bulan Allah yang diharamkan (Muharam). Seafdal-afdal solat selepas solat fardu ialah solat malam”. (Hadis Riwayat Muslim (1163). Nasai’i dalam Al-Kubra (2/2905,2906). Ahmad (2/303,329,342,535). Ad-Darimi (2/21). Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra (4/291). Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Musannaf (3/42). Abu Ya’la (6395). Ibnu Hibban dalam As-Sahih (2363). Dan Ibnu Khuzaimah (1134))


سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَيُّ الصَّلاَةِ اَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوْبَاتِ ؟ قَالَ : اَلصَّلاَةُ فِى جَوْفِ اللَّيْلِ . قِيْلَ ثُمَّ اَيُّ الصِّيَامِ اَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ ؟ قَالَ : شَهْرُ اللهِ الَّذِيْ تَدْعُوْنَهُ الْمُحَرَّمَ

“Telah ditanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Apakah solat yang paling utama selepas solat wajib? Baginda bersabda: Solat di jauh malam. Baginda ditanya lagi: Puasa apakah yang lebih utama selepas puasa Ramadan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharam”. (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

MENCONTOHI PUASA RASULULLAH

اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صِيَامِ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ فَقَالَ : يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ

“Bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyuarakan agar berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 dalam bulan Muharam. Baginda bersabda:


لَمَّا صَامَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَاَمَرَ بَصِيَامِهِ قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ اَنَّهُ يَوْمَ تُعَظِّمُهُ الْيَهَوْدُ وَالنَّصَارَى ؟ قَالَ : فَاَذَا كَانَ عَامُ الْمُقْبِلِ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ . قَالَ : فَلَمْ يَاْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam). (Berkata Ibn Abbas Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah wafat”. (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)




Thursday, December 1, 2011

Ombak Rindu....~~

Assalammualaikum semua.. :)

sebak.. sayu.. penuh dengan emosi.. 
sepanjang dari awal cerita sehinggalah ke akhirnya.. 
Begitu menyentuh... 
(Ecececehhh... emo lak kan ) (-__-)"

Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Rasa nak pegi tengok dan nak pegi lagi.. ok, aku mungkin kadang-kadang akan cakap yang filem melayu ni tak buat aku tersentuh. tapi, bukanlah semuanya macamtu.. and of coure la sayang syanag sume, aku adalah seorang yang sangat emo.. kalau dah tengok cite cinta cinta ni, mesti kene sediakan tisu..buat modal kat kawan kawan je untuk ketawakan aku..

tapi... what to do... it is me.. emosional, sensitif.. hehe..  
Bagi yang membaca novel Ombak rindu, mestilah sudah tahu akan jalan cerita dari awal hingga ke akhirnya..  Actually, aku rasa takdela sedih sangat, tapi disebabkan aku ni emosi kan.. wakakakaa.. nak wat cane.. ngeeeee..~~ :D

ok sayang - sayang sekalian, thaks for your read..  
Saya tinggalkan u all dengan video song Ombak rindu.. Enjoy.. :)




Wednesday, November 23, 2011

myMetro | Penyelidik USM menang tujuh emas di German dan Poland

myMetro | Penyelidik USM menang tujuh emas di German dan Poland



Monday, November 21, 2011

MALAYSIA WON.........!!!

TAHNIAH HARIMAU MALAYSIA... 
MALAYSIAN SO PROUD OF YOU..!! 

Hye... dear readers..! 
kite semua da sedia maklum dengan perlawanan Malaysia menentang Indonesia semalam kan, 21112011 yg mendatangkan buah, hasil yang diidamkan oleh semua rakyat Malaysia.. Alhamdulillah, we won..!!
Im not going to ulas dengan lebih lanjut macam reporter, but juz want to say.. Malaysia, We Love you..!! 



Last but not least,

Air laut, 
air perigi..
Nanti kite update lagi.. :)

Thanks for your read sayangs...!
Love and Faith: Sindarela

Tuesday, November 15, 2011

Suke kan Pantai..??

Assalammualaikum sume.. :)

Ku ukir namamu, di awang gunung jerai..
disaksikan laut, daun nyiur melambai,
jauh pandangan permai
disitu Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa, cinta kita terurai..
(Ecececehhhhh... ) (^_~) 

Hye deares..! Amacam, nyanyi lagu Rock kapak lak, selalu layan English version je kan, hehe.. macam orang lupe bahasa tak..? tak kan, still menulis dalam Bahasa Malaysia, cume rojak sikit ngan Bahasa Inggeris, ngeeee~~ 

Sesaje nak kongsi, setiap kali cuti je mesti akan ade pic aku ngan kawan kawan pegi snap picture dekat pantai. tawu kat mane? tu tu, yang dalam lagu kat atas tu..
Tettttt.............!!!! Tanjung dawai la Cik John, Cik Angelina Jolie sekalian.. (^_^) 


               
                


  Occayyy... Thanz for your read sayangs..!! 
Rumah kayu rumah lidi,
Thank u, nanti kite update lagi.. :)

Love and Faith: Sindarela 

Monday, November 14, 2011

Assalammualaikum sume.. :)

Sesungguhnya Allah maha berkuasa.. Zat yang mengetahui apa yang telah, sedang dan yang akan berlaku.. dan sesungguhnya juga, pada saat ni tiba - tiba jiwa terasa kosong!! haih.. kosong kenapa?? isk3...

Ini semua kerana semua yang sedang berlaku di sekelilingku.! haih.. main teka teki lagi nih... Sebelum aku dok meqapu lagi panjang, aku nak wish dulu SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA yang telah berlalu pada 6.11.2011 bersamaan hari ahad 10 Zulhijjah 1432 Hijrah. Semoga Qurban yang lalu memberi manfaat kepada kita untuk terus meningkatkan ibadah kepadaNya, InsyaAllah..

Cuti mid sem yang lepas, macam biase lah dengan kenduri kendara qurban dan kenduri kahwin jugak.. sempat la aku pi makan nasik minyak kat qumah mak ngah aku tuh, anak dia kawin a.k.a sepupu aku.. hehe. aku pulak..?? he.. cek tak taw bila lagi.. ada rezeki nanti InsyaAllah la kay..??

Kadang - kadang.. bila bercakap tentang hal ni, aku dengan jiwa muda dan darah muda nie rasa tak sabaq. Tapi, bila aku aku pikiaq serius serius menda nie dengan fikiran yang dewasa, aku rasa takut pulak.. (-__-)" huhu.... jangan main main weh.. benda benda macam nie, seumur hidup taw.. bukan buleh ulang tayang... uisshhh.. takley takley takley....  aku bukan takut apa.. tanggungjawab, masa depan yang masih kabur nie.. bukan aku nak caap yang aku ni tak yakin.. siapa la kan yang tak nak hidup dengan orang yang mereka cintai? (ecececeeeehh....)

Semoga, apa yang bakal kita lalui pada masa akan datang adalah yang lebih baik, malahan yang terbaik buat diri kita semua. sebagai seorang perempuan, pergi la tanye, semua orang perempuan ade angan - angan mereka yang tersendiri.. omputeh cakap fairytale. kalau aku pun ada.. hehe.. (nak jugak menyebok)

Ok la guys, dont know what else to write.. dalam hati gembira apabila semua kawan - kawan ada yang da kawen, yang bertunang pada cuti mid sem nie.. Congrats kay..!!!

Love and Faith : Sindarela :)

Sunday, October 30, 2011

Real Steel a.k.a Betul - betul Besi

Hehe... sebenanye, malooo... (*_*)" 
Huu.. teka la kenapa.. kenapa? kenapa?? hah.. kenapa?? huhh~
hee.. Of coz la syebab da lame giler tak update blog nieh.. sory ye geee... Sob sob (!_!) Wahh.. engkau, ngade ngade lak ye.. hee, guys.. im really sorry kay.. eh, lupe nak bagi salam eh..?? ok ok..kite start balik kay..
Assalamualaikum sume.. :) 

Da lame menyepi sebab busy, bukan saje saje.. skarang ni pn still busy ngan assignment, tapi da tensen kot 3 minggu bergelumang dengan assignment jek, sampai lupe cane nak bagi ilang cket tensen nieh.. aku ade story, asyik sebut sal tensen kan, aritu sebab da stress sangat, aku pun decide la nak klua hangout.. mane tak tensennya cik temah, sume kawan kawan balik kampung tinggal sengsorang je mengadap assignment. haisshhh.. tensen tensen tensen (-__-)"

Dalam tensen - tensen tu tak ingat lak ade sepupu yang keje dekat seberang pulau sane, tensen sampai nangis! haishh.. terok tol..! (tapi sikit jela... hi) so, nak dijadikan cite, aku sesaje jek msg cousin aku nih, kot kot dia cuti sebab da nak Deepavali dah masa tu. dia cakap 25102011 dia cuti, cepat cepat aku ajak dia klua, lagi pun tengah geram dengan real steel masa tuh. Hah.. sape yang pegi tengok cite tu..?? 



Cite tu memang betul betul 5 star..! nak cite kat sini kang, takut tak sampai plak maksudnya dekat korang kan, so pegi la tengok sendiri kay.. yang aku taw, masa aku tengok cite tu, aku rasa cam nak tepuk tangan je kuat kuat masa ATOM tengah beat dalam WRB game tuh. ( Tak ingat lak WRB tu ape and dengan robot yang name hape -__-") 
Wallawehhh... gua bagi 100% mark lah..!! 

Tengok pict nie pun da wat aku teruja dah nak pegi tengok cite dye.. korang, bile lagi..??

So, lepas menghabiskan duit pegi tengok cite ni, aku dengan cousin aku pun pegi la menghabiskan lagi duit dekat tutti frutti, huhuk.. memang sure and very the confirm lah hilang stress aku..! ( duit pun hilang jugak)

  
 

Ok guys... Thanks for your read..! 
Love and Faith, Sindarela.. kiki :) 

Friday, April 29, 2011

19 April 2011..Ceritera duka dalam hidupku..

Peperiksaan yang bermula pada 18 hb April 2011, tentulah memberikan tekanan yang amat nyata..sedang rancak peperiksaan bermula.. jari-jari lenguh menulis semula ape yang dihafal.. dan pada suatu petang 19 April 2011.. 

dengan tibe-tibe..... 

....beautiful girls all over the world
i could be chasing but my time would be wastedthey got nothin' on you babynothing on you babythey might say hi and i might say heybut you shouldn't worry about what they saycause they got nothin' on you babynothin' on you baby.....  ** handphone ku menyanyi...

Aku : Helo, Assalammualaikum.....
Ayah : Waalaikummussalam.. 
aku : nape nie ayah.. ?? ** sebab ak dengar sore ayah ak nangis...
 ayah : kak, tokwan dah xde... ** jam menunjukkan kul 6.30....
aku : hah..?? bila..?? ritu imah bagitaw tok wan demam je...
ayah : baru ja.... ** dengan nada sebak...
aku : nape ayah xbagitaw pn tokwan sakit..??
ayah : ayah xmau kak risau.. kak nak exam...
aku: hurmmm... sat2, tunggu cek nak balik umah.. stgi cek sampai...~

dalam kekalutan berjuang dengan exam, aku terpaksa menghadapi satu kematian ahli keluargaku.. mengingatkan aku kembali pada arwah ibu... selepas ak kol sepupu ak si imah, dia dari seberang ( butterworth) datang amek ak.. dalam kul 8.35 ak sampai ke kampung.. arwah tokwan disempurnakan di rumah tok.. 

Allah yang Maha mengetahui.. betapa sedih rasanya hati... pemergian tokwan, mengingatkan ak tentang ibu..kematian, perpisahan.. merupakan perkara yang paling ak takuti.. ditinggalkan oleh orang yang disayangi.. terutama, saat kita memerlukan mereka.. terasa hilang tempat untuk bergantung.. tempat yang selama ini menjadi tempat kita berteduh.... kita menumpang kasih sayang.... sehingga kini, wajah arwah ibu sentiasa mengiringi perjuanganku.. kata-kata semangat ibu.. dan bagaimana ak memandang wajah sayu ibu tatkala dirinya sedang tidur.. menitis airmataku.. mengenangkan seorang wanita yang begitu tabah dalam kehidupannya... yang berkorban demi anak dan keluarganya.. sungguh tabah dirimu wahai ibu.... 

jenazah dikebumikan pada keesokan harinya.. saat mengkafankan jenazah... hanya Allah yang maha mengetahui betapa seluruh keluarga menangisi.. tetapi masing masing tabahkan hati.. sempat ak memberikan satu kucupan pada dahi tokwan sebelum jenazah sempurna dikafankan.. menabur rampai di sekeliling kain kafan... Allah maha mengatahui segala daripada kejadiannya.. pada hari tersebut, terlihatlah seluruh ahli keluarga berkumpul.. yang renggang menjadi rapat.. yang bermusuh saling berpelukan.. Alhamdulillah, ak bersyukur padamu.....

 jenazah selamat dikebumikan pada jam 11.00 pagi 20 April 2011 bersamaan 16 jamadilawal.. tatkala malam sebelum itu, bulan mengambang penuh.. membuat ahli keluarga yang lain turut bersyukur.. jenazah pergi dalam keadaan yang sempurna sekali.. 

teringat kembali tatkala kecil dahulu... tokwan selalu balik kampung... aku memang suke sangat.. itu jela tokwan yang ak ade.. tokwan suke sangat menyakat kami adik bradik, huhu.. tambah2 lagi adik.. suke sangat ngusik adik.. n tokwan seorang yang sangat suke bercerita.. dulu tokwan ketua kampung,  banyak sangat sejarah dulu2 yang tokwan cerita.. suke sangat dengar...


teringat aku akan kali terakhir bermanja dengan tokwan.. lebih kurang setahun yang lalu.. masa 2, tokwan da xsihat.. ade strok sebelah badan.. tapi tokwan sangat kuat.. mampu lagi bergerak sendiri dan kalau boleh, dia xnak susahkan anak-anak dia.. klu ade barang yang boleh tokwan boleh amek sendiri, tokwan akan amek sendiri je.. kali terakhir 2, ak sempat suap tokwan makan... xkire la sarapan, makan tengah hari n makan malam... kali terakhir jugak, petang2 selama beberapa hari ak di rumah makngah ak di pendang, Kedah.. sebab makngah yang jaga tokwan..petang-petang aku sempat belanje tokwan makan bihun goreng mamak dengan kuih muih tradisional.. plus teh tarik.. hihik..>.<  makngah tegur pastu, sebab tokwan xley makan manis2.. tapi xpela, bukan selalu pn  aku dapat jumpe tokwan.. tapi sekarang.. sumenya hanya tinggal kenangan... 


buatmu yang tersayang...
semoga sentiasa mekar kenangan ini terpahat pada ingatan dan dadaku..
kerna bagiku.. kenangan membuatmu sentiasa hidup dan dan berada di sekelilingku...
kenangan sentiasa mengingatkanku  tentang kasih sayangmu.. perhatianmu.. jenakamu..
tatkala wajah sayumu menyelubungi dirku.. aku sedar bahawa aku telah jauh meninggalkanmu..
semerta, kasih sayangku menyirap penuh untukmu.. lantas aku kirimkan la fatihah dan surah qulhu buatmu..semoga sentiasa dirahmatiNYA wahai kesayanganku.... 






semoga sentiasa dicucuri rahmatnya... ~


speech by chikgu schaafieka, 1.57 am, 30 April 2011.. ~



Masih segar diingatanku..

hatiku sedih..... di musim peperiksaan, yang ak fokus adalah peperiksaan.. tapi, dalam ak tertekan dengan sume subjek yang ak ulang kaji, lantas muncul di jiwaku... rinduku pada ibu....

ibu... dahulu, engkau pemantau diriku...
mengawal diriku dengan baik..memastikan ak belajar..
tapi kini, ak menguruskan diriku sendiri...
ak lakukannya tanpamu ibu.. telah hampir 1 tahun setengah ak berjuang tanpa engkau yang memberikanku kata kata semngat untuk menyejukkan hati tatkala begitu gundah untuk menjawab peperiksaan...

teringat ak akan kali terakhir engkau memujuk hatiku yang risau..
esoknya ak bakalan menduduki peperiksaan pertama sebagai pelajar universiti..
ak takut.. kerana setiap kali peperiksaan, ak akn ak pastikan bahawa ak sempat untuk memeluk dirimu sebelum engkau keluar bekerja di awal pagi dahulu..meminta restumu ibu.. meminta agar engkau mendoakan ak..

masih jelas di ingatanku hingga kini... " jawab elok2.. mak doakanla, jangan risau... kak risau, mak lagi risau..." ** menitislah air mata tatkala ini...

tapi kini........semuanya hanya bergantung pada diriku sendiri...

## post yang xsempat nak dipost ms exam.. masa nie, hati gundah sangat teringat mak...

like

Sindarela berangan angan untuk turut serta ke mjlis tari menari bersama sang putra..

Hatiku diriku mimpiku...