Monday, December 5, 2011

:: Hati Wanita ::

Assalammualaikum sume :)

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

          

            


Tahukah lelaki akan kesukaan seseorang wanita itu...?? 
perhatian? kasih sayang? komitmen? kebahgiaan semstinya?? atau sekadar teman untuk berpeleseran, membuang masa atau jugak sekadar teman untuk dijadikan tempat dilepaskan nafsu mereka..??? persoalan demi persoalan yang hadir, namun tidak semua jawapan yang mungkin diberikan akan dapat menjawab setiap persoalan ini.. 

persoalan yang sebenarnya kita fikirkan adalah hati kita! ya.. hati kita! namun, jika cinta yang hanya berlandaskan hati sahaja akan memusnahkan seseorang.. maka perlulah disitu peranan iman dan akal yang dikurniaNya kepada kita.. yang membezakan kita dengan haiwan, binatang yang jugak ciptaan Allah s.w.t 

apa keinginan seorang wanita itu?? 
sebagai seorang wanita, tidak lain selain perhatian, kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, kejujuran dan komitmen yang diberikan untuk dirinya.. jika lengkap semuanya, maka yakinlah wanita itu pada pasangannya. manakala, sikap seperti kelakar, pandai ambil hati pula merupakan faktor penguat kepada ciri-ciri seseorang lelaki itu untuk terus menjadi raja kepada si puteri.. 

berterus teranglah sekiranya mengalami sebarang permasalahan, sesungguhnya komunikasi itu adalah kuncinya. Tapi, terkadang, menjadi masalah apabila salah seorang menjadi ego untuk berkomunikasi, dan masalah tidak akan selesai. apabila didiamkan, maka timbul pula masalah lain seperti rasa tidak dihargai, tidak diperlukan.. haissshhhhh.. Rumit! (T_T)"

               

                                                         


Tetapi.. apa pula yang diperlukan oleh seseorang lelaki terhadap wanita itu...?? ada yang bersungguh sungguh memikat seorang wanita untuk menjadi suri hidupnya, tak kurang juga yang sekadar untuk mempergunakan wanita itu untuk kepuasan nafsunya sahaja. maka malanglah wanita tersebut. Nauzubillahiminzaliq.. 

Hmm... zaman yang beralaskan teknologi yang sangat sarat, sukar untuk membendung masalah sosial kini.. sebagai remaja yang berfikiran terbuka, (remaja lagi ke? ) hal ini telah menjadi sebuah perbincangan yang biasa didengar, tak kurang juga yang menjadi hakim untuk mengadili mana yang salah dan yang benar.. sebetulnya, adalah cara didikan dan asuhan.. sedari rumah dan sedari kecil.. pemantauan dengan kasih sayang.. bukan dengan kekerasan yang akan menimbulkan rasa memberontak dalam diri remaja. dan semestinya, dan tidak dapat nak dielakkan ialah pengaruh rakan sebaya yang maha hebat. Tapi terpulang pada individu untuk memilihnya. bagi yang sudah dididik, mungkin menerima dengan jiwa terbuka, menurut mana yang tidak melanggari agama sekadar untuk meniti dunia remajanya. hal ini mungkin pemikiran yang berdasarkan peredaran semasa.. siapalah makhluk yang mampu menjadi hakim untuk menentukannya.. 

Entah mengapa, malam ni terasa emosi sedikit untuk berbicara tentang hal sebegini.. Tak naklah begitu emosi sehingga nak jadi penceramah bebas, sedangkan diri sendiri tidak kuat untuknya.. aku bersyukur.. hanya Allah maha mengetahui.. :)

Thanks for your read sayangs..!
Love & Faith: Sindarela

Last bUt nOt Least, For tHe CoOl Readers.. With Love :) 
Enjoy tHe sOng: Neo ---> One iN a MillON



like

Sindarela berangan angan untuk turut serta ke mjlis tari menari bersama sang putra..

Hatiku diriku mimpiku...