Monday, January 27, 2014

Bicara hati

kalau bercakap tentang rasa hati..
aku pun tak pasti
aku tak tawu masa depan aku macam mana nanti..
hanya doakan yang terbaik..
baik dari segi kerjaya dan jodoh.
aku dan hati aku masih terkesan sedih dan kecewa dengan apa yang dah berlaku. apakan daya..aku perlu kuat dan teruskan hidup walau merangkak.. dia sedang bahagia dengan bakal kehadiran insan ketiga dalam hidupnya. sedang aku masih menanti jawapan bagi masa depan yang aku damba.. jawapan diterima sebagai guru tetap. jawapan yang akan melakarkan masa depan yang berbeza. yg akan menjadi punca untuk perubahan semuanya. moga Allah mendengar setiap bait dari doa doaku dan di setiap sujudku...

Wednesday, January 22, 2014

Bicara tentang syukur

Hati ini...
hanya Allah yang maha mengetahui.
dan hanya pada dia tempat aku mengadu
dan Dia jugalah yang menemani hati sunyi
yang tak pernah tinggalkan diri penuh khilaf..
malah tetap menerima setiap hambaNya yang berdosa dan yang maha mengampuni..
yang setia disini,dalam hati..
yang tidak jemu mencurah kasih sayangNya..
terima kasih ya Allah..
bersyukur aku kerana adaMu..
Yang maha pengasih lagi maha penyayang..

Arahan vs Bimbingan

Assalamualaikum salam rindu...

Alhamdulillah masih bernafas dan berjuang untuk tahun 2014.. sorryyy sebab dah lama tak update!
bila owner blog tak update blog die thats mean what uolsss??

kehkeh... bertanya macam dok dalam kelas lak,ada student angkat tangan jawab soklan..aisehhh -_-"

so..jawapannye adalah kerana owner tuuuuu... busy..hehe.

ok back to what i want to share about is.. we can teach adult exactly like we teach children in school or rumah! see.. bukan budak budak je kite kene kasi dorongan and tunjuk ajar tapi adult pun boleh. hahh gitewww... (sila jangan gedik) :D

as an adult..kite mesti tak suke kalau asyik asyik orang nak bagitaw kite buat itu ini. macam kita ni kanak kanak...kan?

as an adult we dont need an order but "dorongan".. dorongan di sini bermaksud rangsangan. contohnye,abu ni nak apply keje. die taw da cara nak apply tu camane tapi si ali ni asyik je bagi arahan buat cmtu camni.. klu korang stress tak? rasa macam asyik asyik nak kene dengar cakap aliii je tak? but... klu dorongan pulak camni.. abu,apply la dulu keje tu..kalau tak reti or was was,bole tanya aku.. aku ade je klu nak mintak tolong..

see?? nampak kan beza tu.. dalam hidup ni memang kita perlukan bantuan dan pertolongan orang lain. tapi macam kanak kanak jugak.. kita tak boleh paksa dorang untuk jadi dewasa sedangkan mereka perlu habiskan dan lalui zaman kanak kanak mereka.. berbalik kepada adult, kita pun perlu diberi peluang untuk buat keputusan sendiri dan berdikari.. selain kita juga tak boleh hidup tanpa masyarakat or orang disekeliling kita yang membimbing dan bagi dorongan... 

so..kesimpulannya,hidup janganla nak mengarah orang sangat...mentang la si abu tu dengar cakap kan.. huhu..

sekadar itu perkongsian kita harini..
jaga diri,jaga hati,jaga iman..
luv you :)

Sunday, January 13, 2013

Panduan Ibu bapa mendidik anak

Assalamualaikum semua :)

Today we are going to learn about parenting!
Ilmu yang tidak sia - sia kerana semua orang akan melalui proses ini. So ini juga sebenarnya adalah bekalan untuk diri sendiri. 

1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...
4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
"anak- anak ibarat kain pUtih. iBu bApa laH yanG mencoRakkanNya menjaDi yAhudI, nAsRani atAu mAjusI"


Kredit to: http://yusofembong.blogspot.com

Friday, January 11, 2013

Love spongebob everyone. .?

Petang yang sunyi dan stress?? 
Ouhh.. Mari nyanyi lagu ni sampai gelak guling-guling. 
hahahahaha..!!

Oopsss. dah tergelak sebelum nyanyi lak. adehhh.. -_-"


Lagu Spongebob Squarepants Versi Kelantan, Terengganu dan Kedah

VERSI INGGERIS

Are you ready kids
"Aye Aye Captain"
I Can't hear you"AYE AYE CAPTAIN"Ohhh...Who lives in a pineapple under the sea"Spongebob squarepants"Absorbant and yellow and porous is he"Spongebob Squarepants"If nautical nonsense be something you wish"Spongebob Squarepants"Then flop on the deck and plop like a fish"Spongebob Squarepants"READYSpongebob squarepantsSpongebob squarepantsSpongebob squarepantsSpongebob…….squarepants!!!
VERSI KELANTAN
Ready dok budok-budok?Ho laa, kepten!Gapo dio? HO LAA, KEPTEN!ooo,Podio dok dale buoh lanah bowoh laut?Spongebob Sluar kotok!Sene meresap bewarno kuning.Spongebob Sluar kotok!Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.Spongebob Sluar kotok!Pah mari la pakat nopat supo ike.Spongebob Sluar Kotok!Ready?Sponge............bob Sluar kotok (3x)Spongebobbb Sluar kotok
VERSI TERENGGANU
sedia dok g budok-budok?sedia kapteng!ndapee..??!!.sedia doh la kapteng!!ooo...peye hok duk dalang nanah bawoh lauk!!spongebob sluor pettok!!senang menghesap kaler kuning..spongebob sluor pettok!!kalu sek-sek mu suke nde pelek hok dalang laukspongebob sluor pettok!!meh la noppak pe ikangspongebob sluor pettok!!sedia??!!spongebob sluor pettok (3x)spongebob... sluor pettok
VERSI KEDAH
Hampa redi dah ka weii??Haa kapten,Apadia?Tak dengaq nie!!Haaa la kapten..Ohhhh...Sapa hat dok dalam nanaih wah laut?"Spanbob Seluaq Petak"Belubang,meghesap paihtu wana kunin"Spanbob Seluaq Petak"Kalau hampa suka benda laut hat ngarut"Spanbob seluaq Petak"Mai la sini teghejun cam ikan temenung"Spanbob seluaq Petak"REDi?Spanbob seluaq PetakSpanbob seluaq PetakSpanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak!


Wakaka.. 
hoping for someone to enjoy this!
wishing for good days ahead everyone.




Tuesday, January 8, 2013

Tak baik mengeluh.


Kesusahan ini perit.....
Walau ku usaha dengan kudratku sendiri
Untuk capai matlamat yang dikenalpasti..
Dia berikan jalan yang sukar untukku..
Supaya aku lebih tabah,
Dugaan demi dugaan..
Matlamat harus dikorban atau cita cita ini hanya sekadar impian,
Demi sesuatu yang telah aku rancangkan?
Mungkin dia meminta aku supaya lebih bersabar..
Setiap kalinya begitu..
Namun terkadang gelora hati memberontak inginkan perkara yang telah dirancang di minda..
Memaksa diri untuk tidak sabar lalu tidak Nampak akan hikmahnya..
Aku memohon agar kau berikanlah yang terbaik buat hidupku,
Agar diri ini melihat akan kebesaranmu..
Agar diri ini bersyukur di atas dugaan yang kau berikan ini..
Jadikanlah aku tabah. Lebih kuat.. dan kau gantikanlah kedukaan ini dengan kebahgiaan dan kegembiraan di masa  datang..  

Puisi Hati

Kenangan itu pahit..
rasa itu sakit..
menggigil tubuh menahan rasa..
air mata, usah ditanya sebanyak mana ia mengalir..
hati, hancur bak debu
diri mangsa keretakan hati,
jiwa pula kosong
wajah pucat tidak berseri
segala galanya hancur.. kau tahu?? Kau tak tahu..
sakit yang ditanggung, seksa yang diharung... usah datang kembali dalam hidupku,,
sungguh aku benci.. aku tinggalkan semuanya tentang engkau..
sakit ini kecewa..kecewa ini parah.. pembuluh darah pun hancur dek rerana hati yg luka berdarah.
hanya pada Dia aku berserah.. segalanya. Segala galanya..
Berikanla aku kebahgiaan yang hakiki.. kerana aku redha ya tuhan..
Aku redha takdirnya begini, temukan aku dengan kebahgiaanku sendiri..yang jauh lebih baik darinya.. jauh lebih baik darinya..


like

Sindarela berangan angan untuk turut serta ke mjlis tari menari bersama sang putra..

Hatiku diriku mimpiku...