Sunday, December 4, 2011

:: Puasa Sunat Asyura 9 & 10 Muharram ::


Assalammualaikum sume :)


Apakah rukun-rukun puasa?

Rukun puasa ada dua sahaja;
1. Berniat puasa
2. Menjaga dari perkara-perkara yang membatalkan puasa

Apa makna berniat puasa?

Niat puasa bermaksud mengqasadkan puasa iaitu berazam di dalam hati untuk melakukan puasa.

Bilakah masanya kita perlu berniat puasa?

Bagi puasa Ramadhan dan puasa-puasa wajib yang lain (iaitu puasa nazar dan kaffarah), disyaratkan niat dilakukan pada waktu malam sebelum terbitnya fajar kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa yang tidak meniatkan puasa pada malam hari sebelum terbit fajar, maka tiadalah puasa baginya” (HR Imam Daruqutni dan Baihaqi dari Aisyah r.a.).

Bagi puasa sunat pula, tidak disyaratkan melakukan niat pada waktu malam. Harus berniat pada siang hari asalkan sebelum tergelincir matahari dari tengah langit (yakni sebelum masuk waktu solat zohor) dan sebelum melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa seperti makan, bersetubuh dan sebagainya. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah berniat puasa sunat di siang hari sebagaimana diceritakan oleh Aishah r.a.; suatu hari Nabi s.a.w. bertanya kepadanya; “Apakah ada pada kamu makanan untuk pagi ini?”. Jawab Aishah; “Tidak ada”. Lantas Nabi berkata; “Jika begitu, aku berpuasa hari ini” (HR Imam ad-Daruqutni)


Jenis-jenis Puasa Sunat

o Puasa sunat di bulan Syawal. Puasa dalam bulan ini tidak semestinya berturut-turut iaitu selepas hari raya pertama, ia boleh dikerjakan pada bila-bila masa asalkan masih dalam bulan Syawal.
o Puasa sunat di bulan Zulhijjah bermula pada tanggal 1 haribulan hinggalah 8 haribulan.
o Puasa sunat pada tanggal 9 Zulhijjah ( hari Arafah ).
o Puasa sunat Muharram bermula pada tanggal 1 haribulan hinggalah pada 9 haribulan (sunat Tausa’ ).
o Puasa sunat pada tanggal 10 Muharram ( sunat ‘Asyura ).
o Puasa sunat di bulan Rejab ( keseluruhan bulan Rejab ).
o Puasa sunat di bulan Syaaban ( keseluruhan bulan Syaaban kecuali pada hari syak ).
o Puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.
o Puasa sunat 3 hari pada tiap-tiap bulan Hijrah ( Islam ).
o Puasa sunat pada setiap tanggal 13, 14, dan 15 haribulan pada setiap bulan-bulan Hijrah ( Islam ).
o Puasa sunat secara berselang-seli hari seperti semalam ia berpuasa dan hari ini ia berbuka dan pada esok harinya ia berpuasa semula.


* Puasa Qada
Puasa Qada ialah puasa yang wajib ditunaikan kerana bagi menggantikan puasa yang telah ditinggalkan pada bulan Ramadan dahulu diatas sesuatu sebab ataupun kelonggaran yang diizinkan oleh syarak seperti sakit tenat, bermusafir, haid, nifas, bersalin dan sebagainya


* Puasa Nazar
Puasa nazar wajib ditunaikan apabila kita telah berperoleh ataupun berjaya mendapatkan sesuatu apa yang kita ingini itu. Jika apa yang kita nazarkan itu tidak berjaya maka tidaklah wajib keatas kita untuk menunaikan nazar tersebut. Contohnya seperti berkata seseorang itu sekiranya ditakdirkan isteriku melahirkan anak perempuan maka aku bernazar untuk berpuasa satu hari. Jika betul ia mendapat anak perempuan maka wajiblah ia berpuasa.


* Puasa Kifarat
Puasa kifarat wajib ditunaikan jika seseorang telah melakukan perbuatan-perbuatan seperti berikut :
o Bersetubuh dalam bulan Ramadan dan pada waktu siang hari maka kifaratnya ialah berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.
o Membunuh saudara seagama tanpa hak ataupun dengan sengaja maka kifaratnya ialah berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.
o Melanggar perintah ihram dengan melakukan sesuatu yang haram dilakukan dan tidak dapat digantikan dengan menyembelih binatang. 
o Kifaratnya berpuasa selama 3 hari di Tanah Suci dan 7 hari di negara sendiri.
o Kifarat kerana menziharkan isteri iaitu dengan berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.


SUNNAH BERPUASA DI HARI ASYURA (HARI KE-10 DI BULAN MUHARAM)

Pada mulanya puasa Asyura adalah termasuk puasa yang fardu, namun setelah diwajibkan (disyariatkan) puasa Ramadan, maka puasa Asyura menjadi sunnah, sebagaimana penjelasan dari hadis berikut:

قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ فَرَأَى الْيَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ، فَقَالَ : مَا هَذَا؟ قَالُوْا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحُ ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللهُ بَنِيْ إِسْرِائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَ مُوْسَى ، قَالَ : فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ ، فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

“Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam datang ke Madinah, maka baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura, lalu baginda bertanya: hari apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari itu. Baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap puasa Musa dari kamu sekalian. Maka baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa”. (Hadis Riwayat Bukhari (2004) dan Muslim (1130))


كَانَ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمُهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ فِى الْجَاهِلِيَّةِ . فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ . فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ قَالَ : فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ

“Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke Madinah, maka baginda berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Maka setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan puasa Asyura, baginda bersabda: Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan puasa”. (Muttafaq ‘alaihi. Bukhari (2002) Muslim (1125))


عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : هَذَا يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَلَمْ يُكْتُبِ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، وَاَنَا صَائِمٌ ، فَمَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ

“Dari Muawiyah berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hari ini adalah hari Asyura, tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa, tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa yang mahu berpuasa ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang mahu berbuka, maka ia boleh berbuka”. (Hadis Muttafaq ‘alaihi)


اَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللهِ الْمُحَرَّمُ ، وَاَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيْضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadan ialah puasa di bulan Allah yang diharamkan (Muharam). Seafdal-afdal solat selepas solat fardu ialah solat malam”. (Hadis Riwayat Muslim (1163). Nasai’i dalam Al-Kubra (2/2905,2906). Ahmad (2/303,329,342,535). Ad-Darimi (2/21). Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra (4/291). Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Musannaf (3/42). Abu Ya’la (6395). Ibnu Hibban dalam As-Sahih (2363). Dan Ibnu Khuzaimah (1134))


سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَيُّ الصَّلاَةِ اَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوْبَاتِ ؟ قَالَ : اَلصَّلاَةُ فِى جَوْفِ اللَّيْلِ . قِيْلَ ثُمَّ اَيُّ الصِّيَامِ اَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ ؟ قَالَ : شَهْرُ اللهِ الَّذِيْ تَدْعُوْنَهُ الْمُحَرَّمَ

“Telah ditanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Apakah solat yang paling utama selepas solat wajib? Baginda bersabda: Solat di jauh malam. Baginda ditanya lagi: Puasa apakah yang lebih utama selepas puasa Ramadan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharam”. (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

MENCONTOHI PUASA RASULULLAH

اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صِيَامِ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ فَقَالَ : يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ

“Bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyuarakan agar berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 dalam bulan Muharam. Baginda bersabda:


لَمَّا صَامَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَاَمَرَ بَصِيَامِهِ قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ اَنَّهُ يَوْمَ تُعَظِّمُهُ الْيَهَوْدُ وَالنَّصَارَى ؟ قَالَ : فَاَذَا كَانَ عَامُ الْمُقْبِلِ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ . قَالَ : فَلَمْ يَاْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam). (Berkata Ibn Abbas Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah wafat”. (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)




Thursday, December 1, 2011

Ombak Rindu....~~

Assalammualaikum semua.. :)

sebak.. sayu.. penuh dengan emosi.. 
sepanjang dari awal cerita sehinggalah ke akhirnya.. 
Begitu menyentuh... 
(Ecececehhh... emo lak kan ) (-__-)"

Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Rasa nak pegi tengok dan nak pegi lagi.. ok, aku mungkin kadang-kadang akan cakap yang filem melayu ni tak buat aku tersentuh. tapi, bukanlah semuanya macamtu.. and of coure la sayang syanag sume, aku adalah seorang yang sangat emo.. kalau dah tengok cite cinta cinta ni, mesti kene sediakan tisu..buat modal kat kawan kawan je untuk ketawakan aku..

tapi... what to do... it is me.. emosional, sensitif.. hehe..  
Bagi yang membaca novel Ombak rindu, mestilah sudah tahu akan jalan cerita dari awal hingga ke akhirnya..  Actually, aku rasa takdela sedih sangat, tapi disebabkan aku ni emosi kan.. wakakakaa.. nak wat cane.. ngeeeee..~~ :D

ok sayang - sayang sekalian, thaks for your read..  
Saya tinggalkan u all dengan video song Ombak rindu.. Enjoy.. :)




Wednesday, November 23, 2011

myMetro | Penyelidik USM menang tujuh emas di German dan Poland

myMetro | Penyelidik USM menang tujuh emas di German dan Poland



Monday, November 21, 2011

MALAYSIA WON.........!!!

TAHNIAH HARIMAU MALAYSIA... 
MALAYSIAN SO PROUD OF YOU..!! 

Hye... dear readers..! 
kite semua da sedia maklum dengan perlawanan Malaysia menentang Indonesia semalam kan, 21112011 yg mendatangkan buah, hasil yang diidamkan oleh semua rakyat Malaysia.. Alhamdulillah, we won..!!
Im not going to ulas dengan lebih lanjut macam reporter, but juz want to say.. Malaysia, We Love you..!! 



Last but not least,

Air laut, 
air perigi..
Nanti kite update lagi.. :)

Thanks for your read sayangs...!
Love and Faith: Sindarela

Tuesday, November 15, 2011

Suke kan Pantai..??

Assalammualaikum sume.. :)

Ku ukir namamu, di awang gunung jerai..
disaksikan laut, daun nyiur melambai,
jauh pandangan permai
disitu Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa, cinta kita terurai..
(Ecececehhhhh... ) (^_~) 

Hye deares..! Amacam, nyanyi lagu Rock kapak lak, selalu layan English version je kan, hehe.. macam orang lupe bahasa tak..? tak kan, still menulis dalam Bahasa Malaysia, cume rojak sikit ngan Bahasa Inggeris, ngeeee~~ 

Sesaje nak kongsi, setiap kali cuti je mesti akan ade pic aku ngan kawan kawan pegi snap picture dekat pantai. tawu kat mane? tu tu, yang dalam lagu kat atas tu..
Tettttt.............!!!! Tanjung dawai la Cik John, Cik Angelina Jolie sekalian.. (^_^) 


               
                


  Occayyy... Thanz for your read sayangs..!! 
Rumah kayu rumah lidi,
Thank u, nanti kite update lagi.. :)

Love and Faith: Sindarela 

Monday, November 14, 2011

Assalammualaikum sume.. :)

Sesungguhnya Allah maha berkuasa.. Zat yang mengetahui apa yang telah, sedang dan yang akan berlaku.. dan sesungguhnya juga, pada saat ni tiba - tiba jiwa terasa kosong!! haih.. kosong kenapa?? isk3...

Ini semua kerana semua yang sedang berlaku di sekelilingku.! haih.. main teka teki lagi nih... Sebelum aku dok meqapu lagi panjang, aku nak wish dulu SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA yang telah berlalu pada 6.11.2011 bersamaan hari ahad 10 Zulhijjah 1432 Hijrah. Semoga Qurban yang lalu memberi manfaat kepada kita untuk terus meningkatkan ibadah kepadaNya, InsyaAllah..

Cuti mid sem yang lepas, macam biase lah dengan kenduri kendara qurban dan kenduri kahwin jugak.. sempat la aku pi makan nasik minyak kat qumah mak ngah aku tuh, anak dia kawin a.k.a sepupu aku.. hehe. aku pulak..?? he.. cek tak taw bila lagi.. ada rezeki nanti InsyaAllah la kay..??

Kadang - kadang.. bila bercakap tentang hal ni, aku dengan jiwa muda dan darah muda nie rasa tak sabaq. Tapi, bila aku aku pikiaq serius serius menda nie dengan fikiran yang dewasa, aku rasa takut pulak.. (-__-)" huhu.... jangan main main weh.. benda benda macam nie, seumur hidup taw.. bukan buleh ulang tayang... uisshhh.. takley takley takley....  aku bukan takut apa.. tanggungjawab, masa depan yang masih kabur nie.. bukan aku nak caap yang aku ni tak yakin.. siapa la kan yang tak nak hidup dengan orang yang mereka cintai? (ecececeeeehh....)

Semoga, apa yang bakal kita lalui pada masa akan datang adalah yang lebih baik, malahan yang terbaik buat diri kita semua. sebagai seorang perempuan, pergi la tanye, semua orang perempuan ade angan - angan mereka yang tersendiri.. omputeh cakap fairytale. kalau aku pun ada.. hehe.. (nak jugak menyebok)

Ok la guys, dont know what else to write.. dalam hati gembira apabila semua kawan - kawan ada yang da kawen, yang bertunang pada cuti mid sem nie.. Congrats kay..!!!

Love and Faith : Sindarela :)

Sunday, October 30, 2011

Real Steel a.k.a Betul - betul Besi

Hehe... sebenanye, malooo... (*_*)" 
Huu.. teka la kenapa.. kenapa? kenapa?? hah.. kenapa?? huhh~
hee.. Of coz la syebab da lame giler tak update blog nieh.. sory ye geee... Sob sob (!_!) Wahh.. engkau, ngade ngade lak ye.. hee, guys.. im really sorry kay.. eh, lupe nak bagi salam eh..?? ok ok..kite start balik kay..
Assalamualaikum sume.. :) 

Da lame menyepi sebab busy, bukan saje saje.. skarang ni pn still busy ngan assignment, tapi da tensen kot 3 minggu bergelumang dengan assignment jek, sampai lupe cane nak bagi ilang cket tensen nieh.. aku ade story, asyik sebut sal tensen kan, aritu sebab da stress sangat, aku pun decide la nak klua hangout.. mane tak tensennya cik temah, sume kawan kawan balik kampung tinggal sengsorang je mengadap assignment. haisshhh.. tensen tensen tensen (-__-)"

Dalam tensen - tensen tu tak ingat lak ade sepupu yang keje dekat seberang pulau sane, tensen sampai nangis! haishh.. terok tol..! (tapi sikit jela... hi) so, nak dijadikan cite, aku sesaje jek msg cousin aku nih, kot kot dia cuti sebab da nak Deepavali dah masa tu. dia cakap 25102011 dia cuti, cepat cepat aku ajak dia klua, lagi pun tengah geram dengan real steel masa tuh. Hah.. sape yang pegi tengok cite tu..?? 



Cite tu memang betul betul 5 star..! nak cite kat sini kang, takut tak sampai plak maksudnya dekat korang kan, so pegi la tengok sendiri kay.. yang aku taw, masa aku tengok cite tu, aku rasa cam nak tepuk tangan je kuat kuat masa ATOM tengah beat dalam WRB game tuh. ( Tak ingat lak WRB tu ape and dengan robot yang name hape -__-") 
Wallawehhh... gua bagi 100% mark lah..!! 

Tengok pict nie pun da wat aku teruja dah nak pegi tengok cite dye.. korang, bile lagi..??

So, lepas menghabiskan duit pegi tengok cite ni, aku dengan cousin aku pun pegi la menghabiskan lagi duit dekat tutti frutti, huhuk.. memang sure and very the confirm lah hilang stress aku..! ( duit pun hilang jugak)

  
 

Ok guys... Thanks for your read..! 
Love and Faith, Sindarela.. kiki :) 

like

Sindarela berangan angan untuk turut serta ke mjlis tari menari bersama sang putra..

Hatiku diriku mimpiku...