Noor Syafiqa binti Azmi (106323)
Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran : Matematik
Tarikh : 25 Januari 2011
Masa : 10.00 – 10.20 pagi
Hari : Selasa
Kelas : 1 Bestari
Bilangan Pelajar : 4 orang
Tajuk : Mengenal Nombor
Kemahiran : Mengenal nombor dari 1 hingga 10.
Objektif Am : Di akhir pengajaran, murid – murid dapat :
· Mengenal nombor dari 1 hingga 10.
Objektif Khusus : Di akhir pengajaran, murid – murid dapat :
· Murid – murid dapat membilang nombor dari 1 hingga 10.
· Murid – murid dapat memadankan nombor dengan bilangan dari 1 hingga 8.
Pengetahuan sedia ada : Murid mengetahui nombor tanpa mengerti untuk membezakan nilai bagi setiap nombor.
Bahan Bantu Mengajar : Kad bernombor, batu/ guli / plastesin, slide presentation.
Langkah | Strategi Pengajaran & Pembelajaran | BBM | |
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | ||
Set Induksi ( 3 minit ) | Guru meminta murid meneka nombor berdasarkan kad bernombor yang diundi oleh murid. | Murid mengambil kad bernombor dari guru secara terbalik dan memberitahu guru apakah nombor yang diperolehi. | Kad bernombor |
Guru meminta murid lain untuk menilai betul atau salah jawapan yang diberikan. | Murid menilai jawapan yang diberikan oleh rakan mereka. | ||
Guru mengaitkan dengan isi pelajaran pada hari ini. | |||
Langkah 1 ( 5 minit ) | Guru meminta murid memerhatikan susunan nombor dari 1 hingga 10 pada slide presentation. | Murid memerhatikan susunan nombor dari 1 hingga 10 seperti yang ditayangkan. | Tayangan slide |
Guru membimbing murid untuk mengira nombor 1 hingga 10 dalam bahasa isyarat. | Murid perhati guru mengira 1 hingga 10 dalam bahasa isyarat. | ||
Guru meminta murid untuk bersama – sama mengira dalam bahasa isyarat. | Murid mengira bersama – sama dengan guru dalam bahasa isyarat. | ||
Guru meminta murid mengira sendiri tanpa bimbingan guru. | Murid mengira sendiri nombor 1 hingga 10 sambil dipantau oleh guru. | ||
Langkah 2 (10 minit ) Penutup ( 2 minit ) | Guru menerangkan nilai bilangan bagi setiap nombor dari 1 hingga 10 dengan menggunakan guli /batu/ plastesin. | Murid perhati pengajaran guru. | Tayangan slide Kad bernombor Bahan maujud guli/batu/plastesin |
Guru meminta murid membilang menggunakan plastesin/ batu/guli. | Murid membilang nombor menggunakan batu/ plastesin/guli. | ||
Guru mengedarkan kad bernombor kepada murid berdasarkan undian, dan meminta murid memadankan nilai nombor yang mereka perolehi dengan mengira batu/plastesin/ guli. | Murid memadankan nilai nombor dengan membilang guli/plastesin/ batu dengan kad bernombor yang diperolehi. | ||
Guru berbincang jawapan yang betul satu per satu bersama – sama dengan murid. | Murid – murid berbincang jawapan yang betul bersama – sama guru. | ||
Guru membuat kesimpulan isi pelajaran dan memberi pujian kepada murid yang dapat menjawab dengan betul. | |