Friday, January 13, 2012

Ladies Day's at Seoul Garden


Assalamualaikum semua :)

Terima kasih daun keladi, 
Kami sayang mama kami.. :)

10.1.2012 kitorang exam untuk paper Pendidikan Khas Peringkat Awal kanak - kanak. one day after that, adalah hari berfoya foya.. (padahal exam tak habis lagipun..)

Aku dengan kawan-kawan aku amek kesempatan dari senggang masa sebanyak 5 hari sebelum next paper untuk kelua makan stemboat at Gurney Plaza, Penang... 

  
Kawan aku yang sedang gigih masak.. masak dengan tekunnya... (>.<)


Lepas makan, kite posing.. tu la yang best tuh.. tak aman kalau takleh posing 
Yang best tentang seoul Garden nie, makan sorang is about rm 25.00 and you can take and eat whatever you want to... takde sape nak halang. Makanla sampai boyot..!
kalau tak habis, setiap bape gram ntah, akan dikenakan cas sebanyak rm5.oo hinggit.. baik korang habiskan..


Selain steamboat, ade jugak bakar bakar nieh.. selonok, better than Johny's.. Johny's ade steamboat je.. kat sini, selain seafood, ade chicken, meat, fish, salad, bermacam jenis sayur, nak mkn ais kacang, ice cream, nasi, mee, bihun, keoy teow, megi... sume ade. Korang pilih je nak makan ape.. Tak rugi pun bayar rm25.00 tu.. cewahhhhh, aku ni macam promote pulak.. 


Muke puas melantak.. senyum ikhlas lagi tu :)


Perkara wajib.. Posing :)


After that.. pegi jalan jalan kat Chow Rasta Penang.. nak beli ape, cakap je.. sume ade kat sini, kain batik, kain pasang, baju tunang, nikah, buku terpakai and perkara wajib, Jeruk! 

Kelauar about 11 o'clock.. balik was about 4.30 sampai bilik.. Alhamdulillah selamat sampai..
I am so in love with Penang.. banyak benda boleh cari kat sini, tapi sesak and rumah mahal.. fiiuuuuhh...~

ok sayangs... thanks for your reads :)
Iloveeuuu :) 

Gaya Hidup Sihat


Assalamualaikum semua :)

HohoooOO.. di petang petang yang bosan dan tak tahu nak buat ape, bailkah korang buat something yang berfaedah kepada kesihatan korang dari membuta jek! (eleh, macam aku tak buat je kan -__-") 

Haritu.... da lame da, aku rase rajin sikit + puase lak tu.. gigih pegi cycling keliling USM Tercinta..
gigih sungguh..pas cycling, bajet turun sekilo la kan?? 

Tetttt...!! lepas tu, pegi bukak puasa makan sepinggan bihun goreng.. perut kosong, masuk sikit da kenyang, tapi pakse jugak diri nih habiskan.. 
jeng jeng jeng.. keboyotan melebihi paras biasa la kalau dah memaksa makan nih.. haishhh 

pastu.. minumlah detox! untuk lawaskan ape yang korang da makan.. insyaAllah, walaupun cara ni cara orang nak ekspress kurus, tapi berkesan jugak beb! 

tapi.. kalau musim exam, jangan amal sangat.. nanti takde energy nak study babe..!! Wa takmau tanggung.. Wa sendiri pun makan lebih dari cukup semata mata takut perut lapa nanti tak boleh fokus study..

Betul wa cakap lu... haritu, wa konon diet.. tup tup.. bangun tido, mandi then minum susu, bajet da sihat la kan.. nak study nihhh... tup tup, wa rase lemah je badan wa.. nak tak nak, wa tido balik la.. dalam pukul dua camtu, baru wa makan nasi.. hah! after that, terus bleh fokus study.... (>_<)


Sambil menyelam, minumla air... sambil pegi rekreasi petang petang tu, snap la pict.. buat tambah kegembiraan anda semsa cycling.. boleh update blog kan? tambah pic kat dalam facebook ke..? 
ngeeeee....~~


Boleh berenti kat mane mane port yang korang rase best giler untuk posing.. macam aku.. tett..!


Haaaaa.. then, boleh la mengeratkan hubungan dengan insan tersayang... ngeeeeee :)

Okay tak my opinion nie... kalau sempat, time time stress study.. ley pegi, kalau korang rase tak buang mase korang la.. kalau tak takut letih, nanati malam nak study pulak.. tak payah la, cek tak ajaq suroh buat pun taw..

Thanks for your reads sayangs...!

Friday, January 6, 2012

salam exam sume :)

Assalammualaikum sayang :)

Hehe... 
da lame aku tak update blog kan?
busy sikit.. lagipun sekarang tengah exam, so dalam kelam kelibut ni rindu la pulak kat akulahsindarela :)

buat masa sekarang, dah settle tiga paper, masih ade lagi 2 paper.. 
walaubagaimanapun, ecehhhh... >.< 
aku tetap berharap dan berdoa agar exam semester kelima akan membawa flying colur punye result.
wish me luck sayangs...!! 

actually, banyak benda yang aku nak update before ni, tapi xsempat
so sempat update dalam otak jela, teringat kat blog tapi badan da letih giler.. huhu

actually lagi, keke
aku nak tengok cite ghost protocol, mission impossible tu..
tapi tak sempat nak pegi cineplex.. urmmm -__-"

hmm.. movei ape yang best januari ni ea..??
boleh plan pegi tengok after exam,
lagipun da lame xjumpe si dia...kiki

ok la sayangs...
stop in here, we'll meet again

love u so much :)

Tuesday, December 27, 2011

formspring.me

Ask me anything http://www.formspring.me/schaafieka

Monday, December 5, 2011

:: Hati Wanita ::

Assalammualaikum sume :)

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

          

            


Tahukah lelaki akan kesukaan seseorang wanita itu...?? 
perhatian? kasih sayang? komitmen? kebahgiaan semstinya?? atau sekadar teman untuk berpeleseran, membuang masa atau jugak sekadar teman untuk dijadikan tempat dilepaskan nafsu mereka..??? persoalan demi persoalan yang hadir, namun tidak semua jawapan yang mungkin diberikan akan dapat menjawab setiap persoalan ini.. 

persoalan yang sebenarnya kita fikirkan adalah hati kita! ya.. hati kita! namun, jika cinta yang hanya berlandaskan hati sahaja akan memusnahkan seseorang.. maka perlulah disitu peranan iman dan akal yang dikurniaNya kepada kita.. yang membezakan kita dengan haiwan, binatang yang jugak ciptaan Allah s.w.t 

apa keinginan seorang wanita itu?? 
sebagai seorang wanita, tidak lain selain perhatian, kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, kejujuran dan komitmen yang diberikan untuk dirinya.. jika lengkap semuanya, maka yakinlah wanita itu pada pasangannya. manakala, sikap seperti kelakar, pandai ambil hati pula merupakan faktor penguat kepada ciri-ciri seseorang lelaki itu untuk terus menjadi raja kepada si puteri.. 

berterus teranglah sekiranya mengalami sebarang permasalahan, sesungguhnya komunikasi itu adalah kuncinya. Tapi, terkadang, menjadi masalah apabila salah seorang menjadi ego untuk berkomunikasi, dan masalah tidak akan selesai. apabila didiamkan, maka timbul pula masalah lain seperti rasa tidak dihargai, tidak diperlukan.. haissshhhhh.. Rumit! (T_T)"

               

                                                         


Tetapi.. apa pula yang diperlukan oleh seseorang lelaki terhadap wanita itu...?? ada yang bersungguh sungguh memikat seorang wanita untuk menjadi suri hidupnya, tak kurang juga yang sekadar untuk mempergunakan wanita itu untuk kepuasan nafsunya sahaja. maka malanglah wanita tersebut. Nauzubillahiminzaliq.. 

Hmm... zaman yang beralaskan teknologi yang sangat sarat, sukar untuk membendung masalah sosial kini.. sebagai remaja yang berfikiran terbuka, (remaja lagi ke? ) hal ini telah menjadi sebuah perbincangan yang biasa didengar, tak kurang juga yang menjadi hakim untuk mengadili mana yang salah dan yang benar.. sebetulnya, adalah cara didikan dan asuhan.. sedari rumah dan sedari kecil.. pemantauan dengan kasih sayang.. bukan dengan kekerasan yang akan menimbulkan rasa memberontak dalam diri remaja. dan semestinya, dan tidak dapat nak dielakkan ialah pengaruh rakan sebaya yang maha hebat. Tapi terpulang pada individu untuk memilihnya. bagi yang sudah dididik, mungkin menerima dengan jiwa terbuka, menurut mana yang tidak melanggari agama sekadar untuk meniti dunia remajanya. hal ini mungkin pemikiran yang berdasarkan peredaran semasa.. siapalah makhluk yang mampu menjadi hakim untuk menentukannya.. 

Entah mengapa, malam ni terasa emosi sedikit untuk berbicara tentang hal sebegini.. Tak naklah begitu emosi sehingga nak jadi penceramah bebas, sedangkan diri sendiri tidak kuat untuknya.. aku bersyukur.. hanya Allah maha mengetahui.. :)

Thanks for your read sayangs..!
Love & Faith: Sindarela

Last bUt nOt Least, For tHe CoOl Readers.. With Love :) 
Enjoy tHe sOng: Neo ---> One iN a MillON



Sunday, December 4, 2011

~.. Peristiwa 10 Muharram yang Indah.. ~

Assalammualaikum sume :)


Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-nya 
sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang 
terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda 
kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah 
mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, 
namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang 
sungguh bernilai.

Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru 
berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada 
hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi 
tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, "Hari ini Allah 
memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka 
kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi saw:

"Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu."
Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain 
kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada 
keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini. 
Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, "Barangsiapa yang berpuasa 
pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun." Maksud hadis 
ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan 
bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, 
Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.


Daripada satu hadis: 
"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan 
memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi 
pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang 
mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari 
Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu 
darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw 
dan mengenyangkan perut mereka."

Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana 
pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh 
kehormatan :

1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada 
Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah 
menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi 
Adam a.s.

2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke 
langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.

3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s 
kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga 
termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir 
tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini 
merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini 
sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, 
mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.

4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai 
Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda 
diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim 
diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya 
menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah 
Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.

5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud 
kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri 
sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana 
Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah 
turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan 
menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud 
atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan 
kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.

6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke 
langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini 
merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum 
Bani Israil.

7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam 
daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat 
yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir 
dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan 
terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka 
tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah 
kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s

8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun 
serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 
10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.

9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan 
setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan 
hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun 
menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan 
kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan 
Nun.

10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 
10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda.

Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai 
tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan 
maksudnya:

"Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah 
wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka 
berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh 
meninggalkannya."







14 perkara sunat perlu dilakukan pada hari Asyura

1. Melapangkan masa / belanja anak, suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

like

Sindarela berangan angan untuk turut serta ke mjlis tari menari bersama sang putra..

Hatiku diriku mimpiku...