Monday, January 27, 2014

Bicara hati

kalau bercakap tentang rasa hati..
aku pun tak pasti
aku tak tawu masa depan aku macam mana nanti..
hanya doakan yang terbaik..
baik dari segi kerjaya dan jodoh.
aku dan hati aku masih terkesan sedih dan kecewa dengan apa yang dah berlaku. apakan daya..aku perlu kuat dan teruskan hidup walau merangkak.. dia sedang bahagia dengan bakal kehadiran insan ketiga dalam hidupnya. sedang aku masih menanti jawapan bagi masa depan yang aku damba.. jawapan diterima sebagai guru tetap. jawapan yang akan melakarkan masa depan yang berbeza. yg akan menjadi punca untuk perubahan semuanya. moga Allah mendengar setiap bait dari doa doaku dan di setiap sujudku...

Wednesday, January 22, 2014

Bicara tentang syukur

Hati ini...
hanya Allah yang maha mengetahui.
dan hanya pada dia tempat aku mengadu
dan Dia jugalah yang menemani hati sunyi
yang tak pernah tinggalkan diri penuh khilaf..
malah tetap menerima setiap hambaNya yang berdosa dan yang maha mengampuni..
yang setia disini,dalam hati..
yang tidak jemu mencurah kasih sayangNya..
terima kasih ya Allah..
bersyukur aku kerana adaMu..
Yang maha pengasih lagi maha penyayang..

Arahan vs Bimbingan

Assalamualaikum salam rindu...

Alhamdulillah masih bernafas dan berjuang untuk tahun 2014.. sorryyy sebab dah lama tak update!
bila owner blog tak update blog die thats mean what uolsss??

kehkeh... bertanya macam dok dalam kelas lak,ada student angkat tangan jawab soklan..aisehhh -_-"

so..jawapannye adalah kerana owner tuuuuu... busy..hehe.

ok back to what i want to share about is.. we can teach adult exactly like we teach children in school or rumah! see.. bukan budak budak je kite kene kasi dorongan and tunjuk ajar tapi adult pun boleh. hahh gitewww... (sila jangan gedik) :D

as an adult..kite mesti tak suke kalau asyik asyik orang nak bagitaw kite buat itu ini. macam kita ni kanak kanak...kan?

as an adult we dont need an order but "dorongan".. dorongan di sini bermaksud rangsangan. contohnye,abu ni nak apply keje. die taw da cara nak apply tu camane tapi si ali ni asyik je bagi arahan buat cmtu camni.. klu korang stress tak? rasa macam asyik asyik nak kene dengar cakap aliii je tak? but... klu dorongan pulak camni.. abu,apply la dulu keje tu..kalau tak reti or was was,bole tanya aku.. aku ade je klu nak mintak tolong..

see?? nampak kan beza tu.. dalam hidup ni memang kita perlukan bantuan dan pertolongan orang lain. tapi macam kanak kanak jugak.. kita tak boleh paksa dorang untuk jadi dewasa sedangkan mereka perlu habiskan dan lalui zaman kanak kanak mereka.. berbalik kepada adult, kita pun perlu diberi peluang untuk buat keputusan sendiri dan berdikari.. selain kita juga tak boleh hidup tanpa masyarakat or orang disekeliling kita yang membimbing dan bagi dorongan... 

so..kesimpulannya,hidup janganla nak mengarah orang sangat...mentang la si abu tu dengar cakap kan.. huhu..

sekadar itu perkongsian kita harini..
jaga diri,jaga hati,jaga iman..
luv you :)

Sunday, January 13, 2013

Panduan Ibu bapa mendidik anak

Assalamualaikum semua :)

Today we are going to learn about parenting!
Ilmu yang tidak sia - sia kerana semua orang akan melalui proses ini. So ini juga sebenarnya adalah bekalan untuk diri sendiri. 

1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...
4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
"anak- anak ibarat kain pUtih. iBu bApa laH yanG mencoRakkanNya menjaDi yAhudI, nAsRani atAu mAjusI"


Kredit to: http://yusofembong.blogspot.com

Friday, January 11, 2013

Love spongebob everyone. .?

Petang yang sunyi dan stress?? 
Ouhh.. Mari nyanyi lagu ni sampai gelak guling-guling. 
hahahahaha..!!

Oopsss. dah tergelak sebelum nyanyi lak. adehhh.. -_-"


Lagu Spongebob Squarepants Versi Kelantan, Terengganu dan Kedah

VERSI INGGERIS

Are you ready kids
"Aye Aye Captain"
I Can't hear you"AYE AYE CAPTAIN"Ohhh...Who lives in a pineapple under the sea"Spongebob squarepants"Absorbant and yellow and porous is he"Spongebob Squarepants"If nautical nonsense be something you wish"Spongebob Squarepants"Then flop on the deck and plop like a fish"Spongebob Squarepants"READYSpongebob squarepantsSpongebob squarepantsSpongebob squarepantsSpongebob…….squarepants!!!
VERSI KELANTAN
Ready dok budok-budok?Ho laa, kepten!Gapo dio? HO LAA, KEPTEN!ooo,Podio dok dale buoh lanah bowoh laut?Spongebob Sluar kotok!Sene meresap bewarno kuning.Spongebob Sluar kotok!Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.Spongebob Sluar kotok!Pah mari la pakat nopat supo ike.Spongebob Sluar Kotok!Ready?Sponge............bob Sluar kotok (3x)Spongebobbb Sluar kotok
VERSI TERENGGANU
sedia dok g budok-budok?sedia kapteng!ndapee..??!!.sedia doh la kapteng!!ooo...peye hok duk dalang nanah bawoh lauk!!spongebob sluor pettok!!senang menghesap kaler kuning..spongebob sluor pettok!!kalu sek-sek mu suke nde pelek hok dalang laukspongebob sluor pettok!!meh la noppak pe ikangspongebob sluor pettok!!sedia??!!spongebob sluor pettok (3x)spongebob... sluor pettok
VERSI KEDAH
Hampa redi dah ka weii??Haa kapten,Apadia?Tak dengaq nie!!Haaa la kapten..Ohhhh...Sapa hat dok dalam nanaih wah laut?"Spanbob Seluaq Petak"Belubang,meghesap paihtu wana kunin"Spanbob Seluaq Petak"Kalau hampa suka benda laut hat ngarut"Spanbob seluaq Petak"Mai la sini teghejun cam ikan temenung"Spanbob seluaq Petak"REDi?Spanbob seluaq PetakSpanbob seluaq PetakSpanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak!


Wakaka.. 
hoping for someone to enjoy this!
wishing for good days ahead everyone.




Tuesday, January 8, 2013

Tak baik mengeluh.


Kesusahan ini perit.....
Walau ku usaha dengan kudratku sendiri
Untuk capai matlamat yang dikenalpasti..
Dia berikan jalan yang sukar untukku..
Supaya aku lebih tabah,
Dugaan demi dugaan..
Matlamat harus dikorban atau cita cita ini hanya sekadar impian,
Demi sesuatu yang telah aku rancangkan?
Mungkin dia meminta aku supaya lebih bersabar..
Setiap kalinya begitu..
Namun terkadang gelora hati memberontak inginkan perkara yang telah dirancang di minda..
Memaksa diri untuk tidak sabar lalu tidak Nampak akan hikmahnya..
Aku memohon agar kau berikanlah yang terbaik buat hidupku,
Agar diri ini melihat akan kebesaranmu..
Agar diri ini bersyukur di atas dugaan yang kau berikan ini..
Jadikanlah aku tabah. Lebih kuat.. dan kau gantikanlah kedukaan ini dengan kebahgiaan dan kegembiraan di masa  datang..  

Puisi Hati

Kenangan itu pahit..
rasa itu sakit..
menggigil tubuh menahan rasa..
air mata, usah ditanya sebanyak mana ia mengalir..
hati, hancur bak debu
diri mangsa keretakan hati,
jiwa pula kosong
wajah pucat tidak berseri
segala galanya hancur.. kau tahu?? Kau tak tahu..
sakit yang ditanggung, seksa yang diharung... usah datang kembali dalam hidupku,,
sungguh aku benci.. aku tinggalkan semuanya tentang engkau..
sakit ini kecewa..kecewa ini parah.. pembuluh darah pun hancur dek rerana hati yg luka berdarah.
hanya pada Dia aku berserah.. segalanya. Segala galanya..
Berikanla aku kebahgiaan yang hakiki.. kerana aku redha ya tuhan..
Aku redha takdirnya begini, temukan aku dengan kebahgiaanku sendiri..yang jauh lebih baik darinya.. jauh lebih baik darinya..


Saturday, January 5, 2013

Latihan Mengajar

Assalamualaikum :)


Harini study Talented and giftedness student. bercakap tentang subjek, paper exam aku kali ni berderet baq ang! 

10,14,15,16,17 and 18.Januari 2013 -_-" 
Sabo jelah temahhh.. untuk 4 tahun study kat USM, ni la first time aku exam paper berderet macamnie. risau otak dah tak fresh nanti. hurmm.. 

And for your information, aku da dapat tempat untuk Latihan Mengajar untuk semester depan. Guess where?? huhh, dekat Nibong Tebal. Jauh kena campak, jauh gile dari Main campus USM, jauh dari kawan kawan lain. But ini adalah cabaran, dan ini jugaklah yang bakal aku rasa bila dah kena posting esok. Jauh dari kawan kawan yang banyak susah senang sama sama. 

Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa, Here i Come!!! 

Semoga perjalanan masa depan akan dipermudahkan. InsyaAllah, jika niat kita betul dan cara kita betul, Allah akan sentiasa bersama kita. 

hihik.. rasa macam serius giler je, padahal aku boring je nie sementara tunggu sesuatu. Yeahh, sesuatu. 
Ok then, bye korang! 
Nyte peoples! 



Friday, January 4, 2013

Its 2013 Already.

Its a final countdownnnnnn...



Assalamualaikum semua :)

Di kesempatan yang dah terlewat nie, saya nak wish selamat tahun baru dan selamat maju jaya kepada semua pelajar pelajar universiti yang bakal menduduki final exam.


Oh God.. Its Final already!

Semoga beroleh DEKAN semuanya.
semoga Allah mempermudahkan semuanya untuk kita,amin.

Yang penting Usaha, Doa dan Tawakal. 
Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib seseorang hambanya jika mereka tidak berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri. 

Last but not list, good luck everyone!





Saturday, November 24, 2012

Dugaan..

Assalamualaikum :)
salam mesra penghulur bicara, kalam kata telah lama bertapa..
kini muncul kerna rindu tak terkata..

Rindu sangattttttt kat blog nie.. dah lama tak update, you see my poem up there? sila gelak kalau lucu
-__-
Cewah cewahhh... mentang mentang da lame aku tak update, sekali update bagi peom lak..
actually, too much things happen to me.
guess what, i am no longer with him. yes. dulu aku gile kan update tentang die, now no more.
i've growns..
i learn a lot of things in my life.. i mean it. TOO MUCH.
Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan dan ketabahan untuk aku hadapi semua nie.. by my own.
 sekarang, die pun da happy dengan life die. so, aku pulak teruskan hidup as a student and future teacher or lecturer maybe. mesti sedih kan kalau kite cakap kite redha dengan sesuatu yang dah berlaku pada kite. tapi itulah yang aku buat. mule mule memang pedih, sakit yang amat. tapi lame lame, sampai bile kate nak tahan, sedang die da go through dengan life die yang happy sedang kite menderita. i choose to live by my own. without him. and now i am happy.
Hoping for someone who never judge me, accept me as who i am, love and loyal and of course someone yang pandai buat lawak, so macam pandai amek hati. but bukan mulut manis. grrrr.. 

haha.. okey, sampai sini salam rindu.. 
hope semua reader pun happy dengan life masing masing. yakinlah pada Allah dan percaya, Dia takdirkan sesuatu itu berlaku kerana itu adalah rahsiaNya. kite hanya mampu berdoa, agar kehidupan kite akan menjadi lebih baik. ye, jangan putus berdoa. Allah maha Penyayang, percayalah. 

selamat malam :)  

Monday, January 16, 2012

Hari-hari terakhir di USM Semester 5

Assalammualaikum semua :)

Hati terasa sayu dan tersentuh bile aku check baliksemua video lama dengan kawan kawan masa di sekolah, i mean at my lower six and of course upper six. 

Sedih.. i actually should be happy, tengok ramai kawan kawan yang dah kawin, bahagia dengan cara hidup mereka yang tersendiri.. Jalan yang mereka pilih untuk kehidupan mereka, sesuatu yang mereka inginkan dan yang mereka tentukan sendiri.. 

Just tak sangka... sekarang we already 23 years old! how fast.. Time and tide doesn't wait for anybody, i know..  im watching video song, that we created to be our memories.. it remains me till now, and it will forever.. 

Form 6 is one of the big steps in my life that brings me to be a university students.. Melalui form 6, aku mula mengatur langkah (bukan masa form 5 tak atur, cuma tak sambung diploma sebab form 6 lebih jimat) belajar dengan kawan-kawan yang memang aku tak kenal pun dorang masa mula mula tu.. but we change our thoughts together, idea.. the way we think.. i learn to know politics very well when im in form 6.. biasela, dari subject Pengajian Am.. 

Kawan-kawan yang serius study dulu, bermotivasi.. dah pun kawin, hehe.. jodoh awal, alhamdulillah.. ade yang lagi awal dari tu.. tapi semua orang menjalankan kehidupan mengikut arus pergerakan masa, meninggalkan masa lalu.. masa lalu, yang penuh dengan kenangan, pahit, duka, kecewa dan gembira.. 

aku, dengan jalan hidupku yang tersendiri.. masih lagi belajar, dan mempertimbangkan untuk membina kehidupan sendiri kelak.. yang pastinya, jiwa yang sekarang, tak sama macam jiwa yang dulu.. dulu yang remaja, yang tak banyak tanggungjawab, yang tak penat memikirkan ape yang perlu ditanggung selepas bekerja. kerana yang pastinya, aims pada ketika tu, adalah furthur study..!!

Alhamdulillah, aku dah jadi student tahun ketiga di USM, hanya tinggal 3 sem je lagi untuk habiskan pengajian di sini.. tapi, terkadang timbul perasaan SAYANGGGNYEEEE nak tinggalkan zaman study nie walaupun study sampai menangis, sebab zaman ni hanya datang sekali je dalam seumur hidup.. kita mungkin boleh sambung master, tapi keadaan dah tak same.. kawan kawan yang dulu, takkan berada lagi di sisi kita sebab semuanya mempunyai hala tuju kehidupan masing masing... (takkan dorang nak tunggu kite lak)  oleh sebab tu, sementara impian kita, tujuan dan cita cita kita masih lagi sama.. hargailah setiap detik diantara kita.. kerana, setiap detik ni, tak mungkin akan berulang kembali once kita dah tinggalkan USM tercinta nie.. 

Thanks to my past coz u give me a brighter future than i ever think.. with my hardcore spinalcord, Ameyfauzily Amihabil.. thank you so much.. and to my late mother, my inspiration..May Allah blessed you always.. 

Miss my old friends so much... untuk yang dah nak kawin and yang dah kawin, kite dah tak boleh get crazy macam dulu lagi dah.. Hope our memories will remain in you forever..  

Friday, January 13, 2012

Ladies Day's at Seoul Garden


Assalamualaikum semua :)

Terima kasih daun keladi, 
Kami sayang mama kami.. :)

10.1.2012 kitorang exam untuk paper Pendidikan Khas Peringkat Awal kanak - kanak. one day after that, adalah hari berfoya foya.. (padahal exam tak habis lagipun..)

Aku dengan kawan-kawan aku amek kesempatan dari senggang masa sebanyak 5 hari sebelum next paper untuk kelua makan stemboat at Gurney Plaza, Penang... 

  
Kawan aku yang sedang gigih masak.. masak dengan tekunnya... (>.<)


Lepas makan, kite posing.. tu la yang best tuh.. tak aman kalau takleh posing 
Yang best tentang seoul Garden nie, makan sorang is about rm 25.00 and you can take and eat whatever you want to... takde sape nak halang. Makanla sampai boyot..!
kalau tak habis, setiap bape gram ntah, akan dikenakan cas sebanyak rm5.oo hinggit.. baik korang habiskan..


Selain steamboat, ade jugak bakar bakar nieh.. selonok, better than Johny's.. Johny's ade steamboat je.. kat sini, selain seafood, ade chicken, meat, fish, salad, bermacam jenis sayur, nak mkn ais kacang, ice cream, nasi, mee, bihun, keoy teow, megi... sume ade. Korang pilih je nak makan ape.. Tak rugi pun bayar rm25.00 tu.. cewahhhhh, aku ni macam promote pulak.. 


Muke puas melantak.. senyum ikhlas lagi tu :)


Perkara wajib.. Posing :)


After that.. pegi jalan jalan kat Chow Rasta Penang.. nak beli ape, cakap je.. sume ade kat sini, kain batik, kain pasang, baju tunang, nikah, buku terpakai and perkara wajib, Jeruk! 

Kelauar about 11 o'clock.. balik was about 4.30 sampai bilik.. Alhamdulillah selamat sampai..
I am so in love with Penang.. banyak benda boleh cari kat sini, tapi sesak and rumah mahal.. fiiuuuuhh...~

ok sayangs... thanks for your reads :)
Iloveeuuu :) 

Gaya Hidup Sihat


Assalamualaikum semua :)

HohoooOO.. di petang petang yang bosan dan tak tahu nak buat ape, bailkah korang buat something yang berfaedah kepada kesihatan korang dari membuta jek! (eleh, macam aku tak buat je kan -__-") 

Haritu.... da lame da, aku rase rajin sikit + puase lak tu.. gigih pegi cycling keliling USM Tercinta..
gigih sungguh..pas cycling, bajet turun sekilo la kan?? 

Tetttt...!! lepas tu, pegi bukak puasa makan sepinggan bihun goreng.. perut kosong, masuk sikit da kenyang, tapi pakse jugak diri nih habiskan.. 
jeng jeng jeng.. keboyotan melebihi paras biasa la kalau dah memaksa makan nih.. haishhh 

pastu.. minumlah detox! untuk lawaskan ape yang korang da makan.. insyaAllah, walaupun cara ni cara orang nak ekspress kurus, tapi berkesan jugak beb! 

tapi.. kalau musim exam, jangan amal sangat.. nanti takde energy nak study babe..!! Wa takmau tanggung.. Wa sendiri pun makan lebih dari cukup semata mata takut perut lapa nanti tak boleh fokus study..

Betul wa cakap lu... haritu, wa konon diet.. tup tup.. bangun tido, mandi then minum susu, bajet da sihat la kan.. nak study nihhh... tup tup, wa rase lemah je badan wa.. nak tak nak, wa tido balik la.. dalam pukul dua camtu, baru wa makan nasi.. hah! after that, terus bleh fokus study.... (>_<)


Sambil menyelam, minumla air... sambil pegi rekreasi petang petang tu, snap la pict.. buat tambah kegembiraan anda semsa cycling.. boleh update blog kan? tambah pic kat dalam facebook ke..? 
ngeeeee....~~


Boleh berenti kat mane mane port yang korang rase best giler untuk posing.. macam aku.. tett..!


Haaaaa.. then, boleh la mengeratkan hubungan dengan insan tersayang... ngeeeeee :)

Okay tak my opinion nie... kalau sempat, time time stress study.. ley pegi, kalau korang rase tak buang mase korang la.. kalau tak takut letih, nanati malam nak study pulak.. tak payah la, cek tak ajaq suroh buat pun taw..

Thanks for your reads sayangs...!

Friday, January 6, 2012

salam exam sume :)

Assalammualaikum sayang :)

Hehe... 
da lame aku tak update blog kan?
busy sikit.. lagipun sekarang tengah exam, so dalam kelam kelibut ni rindu la pulak kat akulahsindarela :)

buat masa sekarang, dah settle tiga paper, masih ade lagi 2 paper.. 
walaubagaimanapun, ecehhhh... >.< 
aku tetap berharap dan berdoa agar exam semester kelima akan membawa flying colur punye result.
wish me luck sayangs...!! 

actually, banyak benda yang aku nak update before ni, tapi xsempat
so sempat update dalam otak jela, teringat kat blog tapi badan da letih giler.. huhu

actually lagi, keke
aku nak tengok cite ghost protocol, mission impossible tu..
tapi tak sempat nak pegi cineplex.. urmmm -__-"

hmm.. movei ape yang best januari ni ea..??
boleh plan pegi tengok after exam,
lagipun da lame xjumpe si dia...kiki

ok la sayangs...
stop in here, we'll meet again

love u so much :)

Tuesday, December 27, 2011

formspring.me

Ask me anything http://www.formspring.me/schaafieka

Monday, December 5, 2011

:: Hati Wanita ::

Assalammualaikum sume :)

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

          

            


Tahukah lelaki akan kesukaan seseorang wanita itu...?? 
perhatian? kasih sayang? komitmen? kebahgiaan semstinya?? atau sekadar teman untuk berpeleseran, membuang masa atau jugak sekadar teman untuk dijadikan tempat dilepaskan nafsu mereka..??? persoalan demi persoalan yang hadir, namun tidak semua jawapan yang mungkin diberikan akan dapat menjawab setiap persoalan ini.. 

persoalan yang sebenarnya kita fikirkan adalah hati kita! ya.. hati kita! namun, jika cinta yang hanya berlandaskan hati sahaja akan memusnahkan seseorang.. maka perlulah disitu peranan iman dan akal yang dikurniaNya kepada kita.. yang membezakan kita dengan haiwan, binatang yang jugak ciptaan Allah s.w.t 

apa keinginan seorang wanita itu?? 
sebagai seorang wanita, tidak lain selain perhatian, kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, kejujuran dan komitmen yang diberikan untuk dirinya.. jika lengkap semuanya, maka yakinlah wanita itu pada pasangannya. manakala, sikap seperti kelakar, pandai ambil hati pula merupakan faktor penguat kepada ciri-ciri seseorang lelaki itu untuk terus menjadi raja kepada si puteri.. 

berterus teranglah sekiranya mengalami sebarang permasalahan, sesungguhnya komunikasi itu adalah kuncinya. Tapi, terkadang, menjadi masalah apabila salah seorang menjadi ego untuk berkomunikasi, dan masalah tidak akan selesai. apabila didiamkan, maka timbul pula masalah lain seperti rasa tidak dihargai, tidak diperlukan.. haissshhhhh.. Rumit! (T_T)"

               

                                                         


Tetapi.. apa pula yang diperlukan oleh seseorang lelaki terhadap wanita itu...?? ada yang bersungguh sungguh memikat seorang wanita untuk menjadi suri hidupnya, tak kurang juga yang sekadar untuk mempergunakan wanita itu untuk kepuasan nafsunya sahaja. maka malanglah wanita tersebut. Nauzubillahiminzaliq.. 

Hmm... zaman yang beralaskan teknologi yang sangat sarat, sukar untuk membendung masalah sosial kini.. sebagai remaja yang berfikiran terbuka, (remaja lagi ke? ) hal ini telah menjadi sebuah perbincangan yang biasa didengar, tak kurang juga yang menjadi hakim untuk mengadili mana yang salah dan yang benar.. sebetulnya, adalah cara didikan dan asuhan.. sedari rumah dan sedari kecil.. pemantauan dengan kasih sayang.. bukan dengan kekerasan yang akan menimbulkan rasa memberontak dalam diri remaja. dan semestinya, dan tidak dapat nak dielakkan ialah pengaruh rakan sebaya yang maha hebat. Tapi terpulang pada individu untuk memilihnya. bagi yang sudah dididik, mungkin menerima dengan jiwa terbuka, menurut mana yang tidak melanggari agama sekadar untuk meniti dunia remajanya. hal ini mungkin pemikiran yang berdasarkan peredaran semasa.. siapalah makhluk yang mampu menjadi hakim untuk menentukannya.. 

Entah mengapa, malam ni terasa emosi sedikit untuk berbicara tentang hal sebegini.. Tak naklah begitu emosi sehingga nak jadi penceramah bebas, sedangkan diri sendiri tidak kuat untuknya.. aku bersyukur.. hanya Allah maha mengetahui.. :)

Thanks for your read sayangs..!
Love & Faith: Sindarela

Last bUt nOt Least, For tHe CoOl Readers.. With Love :) 
Enjoy tHe sOng: Neo ---> One iN a MillON



Sunday, December 4, 2011

~.. Peristiwa 10 Muharram yang Indah.. ~

Assalammualaikum sume :)


Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-nya 
sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang 
terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda 
kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah 
mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, 
namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang 
sungguh bernilai.

Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru 
berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada 
hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi 
tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, "Hari ini Allah 
memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka 
kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi saw:

"Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu."
Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain 
kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada 
keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini. 
Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, "Barangsiapa yang berpuasa 
pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun." Maksud hadis 
ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan 
bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, 
Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.


Daripada satu hadis: 
"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan 
memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi 
pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang 
mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari 
Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu 
darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw 
dan mengenyangkan perut mereka."

Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana 
pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh 
kehormatan :

1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada 
Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah 
menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi 
Adam a.s.

2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke 
langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.

3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s 
kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga 
termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir 
tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini 
merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini 
sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, 
mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.

4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai 
Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda 
diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim 
diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya 
menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah 
Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.

5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud 
kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri 
sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana 
Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah 
turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan 
menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud 
atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan 
kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.

6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke 
langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini 
merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum 
Bani Israil.

7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam 
daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat 
yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir 
dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan 
terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka 
tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah 
kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s

8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun 
serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 
10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.

9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan 
setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan 
hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun 
menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan 
kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan 
Nun.

10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 
10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda.

Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai 
tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan 
maksudnya:

"Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah 
wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka 
berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh 
meninggalkannya."







14 perkara sunat perlu dilakukan pada hari Asyura

1. Melapangkan masa / belanja anak, suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

like

Sindarela berangan angan untuk turut serta ke mjlis tari menari bersama sang putra..

Hatiku diriku mimpiku...